Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kini Semua Boleh Dapatkan Alamat Emel @duck.com

DuckDuckGo, penyedia enjin carian memfokuskan privasi, kini telah membuka pendaftaran alamat emel @duck.com kepada semua pengguna seluruh dunia. Melaluinya, pengguna boleh mendapatkan pelindung penjejak untuk emel peribadi apabila di-forward melalui emel @duck.com.

Categories
Teknologi

Sony Naikkan Harga Jualan PlayStation 5 Di Malaysia Sebanyak RM200

Sony hari ini umum peningkatan harga jualan untuk konsol PlayStation 5 di pasaran Malaysia. Kini PlayStation 5 Edisi Ultra HD Blu-ray dijual pada harga RM2499. Sementara PlayStation 5 Edisi Digital pula dijual pada harga RM2069. Sony meningkatkan sebanyak RM200 disebabkan inflasi dan juga kadar tukaran matawang.

Categories
Teknologi

TM Pada Peringkat Rundingan Akhir Dengan DNB Untuk Pelancaran Unifi Mobile 5G

Telekom Malaysia hari ini mengesahkan mereka pada peringkat rundingan akhir dengan Digital Nasional Berhad (DNB), sebelum melancarkan rangkaian 5G kepada umum melalui Unifi Mobile. Tarikh pelancaran masih belum dikongsikan, tetapi mengikut sasaran awal kerajaan, ia dijangka diperkenalkan seawal September 2022 ini.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Akan Umum iPhone 14 Pada 8 September

Apple kini menjadualkan acara khas pada 8 September 2022, pada pukul 1 pagi waktu Malaysia. Apple dijangka memperkenalkan iPhone 14 pada acara berkenaan, disamping jam tangan pintar Apple Watch. iPhone generasi baharu dijangka hadir dalam empat variasi, iaitu iPhone 14, iPhone 14 Max, iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max.

Categories
Semasa Teknologi

Gunung Kilimanjaro Yang Tertinggi Di Afrika Kini Mempunyai Capaian Internet

Kini anda boleh gunakan akses internet di gunung tertinggi di benua Afrika. Rangkaian selular dan internet akhirnya boleh diakses selepas dilancarkan oleh kerajaan Tanzania. Pada waktu ini capaian internet selular boleh digunakan sehingga ketinggian 3720 meter dengan ia akan dikembangkan sehingga puncak Kilimanjaro pada ketinggian 5895 meter menjelang penghujung 2022.

Categories
Teknologi

Kisah BlackBerry Bakal Ditayangkan Dalam Bentuk Filem

Kita sedia melihat beberapa jenama difilemkan kisah mereka, seperti Facebook, McDonalds, Apple dan sebagainya. Terbaru, rakaman untuk filem mengisahkan jatuh-bangun BlackBerry turut telah selesai pengambaran, dan dijangka akan ditayangkan tidak lama lagi.

Categories
Teknologi

Malaysia Menjadi Negara Pertama Terima Sokongan WhatsApp Communities

Meta hari ini mengumumkan Malaysia akan menerima akses awal kepada ciri WhatsApp Communities. Melaluinya, ia membolehkan pengurusan WhatsApp Groups dengan lebih baik dan efisien, dan tidak lagi perlu pening dengan pelbagai Groups berbeza dibawah sesuatu kategori, tugasan, atau organisasi.

Categories
Semasa Teknologi

Astro Kini Turut Menyokong Penggunaan Lima Profil Berbeza Untuk Menonton Rancangan

Astro kini menambah sokongan mencipta sehingga lima profil berbeza pada Astro Ultra Box, Astro Ulti Box dan juga Astro Go, membolehkan setiap profil mempunyai cadangan kandungan berbeza mengikut corak tontonan dan minat sesuatu profil. Kemaskini ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pelanggan Astro.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

LG Kini Menawarkan Monitor Dengan Rekaan Nisbah 16:18

LG kini hadir dengan monitor bernama LG DualUp Monitor Ergo, yang mana menawarkan rekaan nisbah paparan 16:18 – seumpama gabungan dua monitor atas-bawah, pada satu skrin. Dengan penawaran ini, ia dikatakan lebih ergonomik berbanding penggunaan dua monitor secara bersebelahan, dan tidak perlu toleh banyak kali untuk tugasan.

Categories
Semasa Teknologi

Shopee Feed Akan Dihentikan Dan Digantikan Dengan Shopee Live Pada 31 Ogos

Shopee kini memaklumkan semua pengguna yang mana ciri Shopee Feed akan dihentikan bermula 31 Ogos akan datang. Ikon Shopee Feed pada bahagian bawah aplikasi akan digantikan dengan Shopee Live. Menurut Shopee, ciri ini akan dihentikan agar penjual memanfaatkan ciri siaran langsung yang sedia ditawarkan.