Categories
Teknologi

Kamera Digital Ini Diperbuat Daripada Kertas

Paper Shoot Camera merupakan sebuah kamera digital yang diperbuat daripada kertas. Ia hadir dengan sensor 16MP, menyertakan slot mikro-SD, dan bateri AAA. Ia hadir dengan rekaan seumpama kamera analog klasik.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Perodua Alza AV 2022 Kini Menyokong Apple CarPlay

Perodua terus menerajui arena automotif tempatan, dan kini telah menambah sokongan Apple CarPlay pada kereta Perodua Alza AV 2022 terbaru mereka. Dengan penambahan ini, Alza AV 2022 menjadi kereta pertama Perodua yang sokong Apple CarPlay dan juga Android Auto.

Categories
Teknologi

Google Hiasi Laman Utama Dengan Doodle Azah Aziz – Tokoh Budayawan Melayu

Azah Aziz atau nama sebenarnya Sharifah Azah Mohammad Alsagoff, satu nama yang tidak asing dalam bidang kajian budaya berkaitan tekstil dan busana tradisi Melayu. Dalam pada itu, beliau juga merupakan salah seorang perintis wartawan wanita di Malaysia dan antara individu yang terawal memperjuangkan hak serta nasib wanita.

Categories
Teknologi

Lagu Janet Jackson Didapati Boleh Membuatkan Komputer Rosak Atau Tergendala

Penyelidik di Microsoft kini memberikan amaran, dimana lagu Rhytm Nation nyanyian Janet Jackson boleh merosakkan cakera keras pada komputer dengan HDD 5400 RPM. Lagu tersebut dikatakan memberi getaran pada frekuensi jati dengan sesetengah model HDD 5400 RPM, membuatkan cakera keras berkenaan tergendala atau rosak.

Categories
Teknologi

Melaka Dijangka Menerima Liputan 5G Menjelang Hujung September

Pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kini berkongsi Melaka akan menerima liputan 5G menjelang penghujung September ini. Sebanyak 40 lokasi sekitar Ayer Keroh dan Bandar Melaka dijangka akan dilengkapi dengan liputan 5G ini.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Xiaomi Kini Menjual Air Fryer Di Malaysia

Xiaomi sedia menawarkan sejumlah peralatan elektronik pintar. Terbaru, pengeluar China tersebut turut telah mula menjual air fryer di Malaysia, dikenali Xiaomi Mi Smart Air Fryer 3.5L. Ia boleh dikawal antara 40 darjah ke 200 darjah, serta boleh kawal suhu melalui telefon pintar. Di Malaysia, ia dijual pada harga RM359.

Categories
Teknologi

Proton Akan Melabur Dalam Bangunkan Rangkaian Pengecas Kenderaan Elektrik

Proton kini mengumumkan hasrat ingin melabur pada rangkaian pengecasan kenderaan elektrik di Malaysia – selari perkembangan arena kenderaan elektrik. Proton akan bekerjasama bersama salah satu penyedia pengecasan tempatan, dan turut akan menawarkan pemasangan unit domestik untuk pengguna yang ingin mengecas kereta di rumah.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Proton Akan Jual Kereta Elektrik Smart Di Malaysia Bermula Suku Ke-4 2023

Proton kini umum jual kereta elektrik Smart #1 di Malaysia, bermula suku tahun ke-4 2023 kelak. Kereta elektrik Smart #1 merupakan kereta sedan kompak empat pintu, menawarkan perjalanan sehingga 440 km dengan sekali pengecasan penuh – serta boleh dicas sehingga 80% dalam masa 30 minit melalui pengecasan 150 kW DC.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Secara Purata, Pengguna Guna 25GB Data Sebulan Pada Telefon Pintar

Mengikut data industri, secara purata di Malaysia, pengguna menggunakan data sebanyak 25GB sebulan. Angka penggunaan data ini memperlihatkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana peningkatan kandungan berbentuk video, membuatkan penggunaan data turut meningkat selari dengannya.

Categories
Teknologi

Sistem Notifikasi Aplikasi TuneTalk Dilihat Diceroboh – Menghantar Notifikasi Spam

Sistem notifikasi aplikasi TuneTalk kini dilihat diceroboh oleh pihak ketiga, sekaligus menghantar notifikasi spam kepada pengguna. Bagi pengguna TuneTalk, anda dinasihatkan untuk tidak memasukkan sebarang info, atau terpedaya dengan notifikasi spam ini. Pihak TuneTalk maklumkan notifikasi aplikasi terbaru mungkin telah diceroboh, dan pasukan TuneTalk sedang menyiasat perkara ini.