Categories
Teknologi

Rangkaian 5G Kini Meliputi 30% Kawasan Berpenduduk

Pada bulan Julai 2022 lepas, DNB telah berkongsi mengatakan rangkaian 5G telah meliputi 25% kawasan berpenduduk di Malaysia. Kini, selang sebulan, rangkaian 5G kini dilaporkan meliputi 30% kawasan penduduk di Malaysia. Buat masa ini, rangkaian 5G telah meliputi Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan juga Ipoh.

Categories
Teknologi

Xiaomi Kini Jual Bekas Makanan Kucing Pintar Di Malaysia

Xiaomi sedia memfokuskan kepada arena peranti berhubung pintar, dan terbaru mereka turut membawa masuk Xiaomi Smart Pet Feeder untuk pasaran Malaysia. Ia ditujukan kepada haiwan peliharaan seperti kucing, dimana makanan boleh dijadualkan serta dikawal menggunakan aplikasi khusus.

Categories
Kewangan Teknologi

CIMB Memperkenalkan Aplikasi Perbankan Generasi Baharu – CIMB OCTO

CIMB hari ini memperkenalkan aplikasi generasi baharu mereka, dinamakan CIMB OCTO. Aplikasi ini dilihat akan menjadi pengganti kepada aplikasi CIMBClicks sedia ada, dengan antaramuka yang dikemaskini, serta susunan ciri-ciri yang lebih memudahkan pengguna.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Dijangka Memperkenalkan iPhone 14 Pada 8 September

Apple kini dilaporkan dijangka memperkenalkan siri iPhone terbaru, iaitu iPhone 14 pada awal September ini, 8 September waktu Malaysia. Selepas pengenalannya, ia dijangka mula dijual pada pertengahan September ini dibeberapa buah negara.

Categories
Teknologi

Airbnb Guna Teknologi Anti-Parti Untuk Elak Pelanggan Berpesta

Airbnb kini hadir dengan teknologi anti-parti dalam usaha menghalang para pelanggan daripada melakukan tempahan rumah sekiranya kebarangkalian tinggi untuk mereka menggunakan premis untuk berpesta. Perkara ini dilakukan menerusi analisa seperti sejarah ulasan, tempoh tempahan, jarak pelanggan, serta beberapa data lain.

Categories
Teknologi

Instagram Kini Membolehkan Anda Berkongsi Reels Terus Ke Facebook

Meta kini mengumumkan kemaskini baharu pada aplikasi Instagram, membolehkan para pengguna untuk terbitkan kandungan Reels secara rentas platform, iaitu di Instagram dan Facebook secara serentak. Pengguna terlebih dahulu perlu menghubungkan akaun Instagram dengan Facebook, sebelum dapat melakukan siaran rentas platform ini.

Categories
Teknologi

Kuala Lumpur Mengatasi Korea Selatan Untuk Kelajuan Muat-Naik 5G – Kini Terpantas Di Dunia

OpenSignal kini mengeluarkan data terkini berkaitan rangkaian 5G, memperlihatkan Kuala Lumpur menduduki tangga pertama dari segi kelajuan muat-naik 5G di dunia, mengatasi bandar-bandar lain. Dari segi kadar muat-turun pula, KL menduduki tangga kedua, hanya dibelakang Seoul, Korea Selatan.

Categories
Teknologi

Android 13 Kini Dilancarkan

Google hari ini telah melancarkan sistem operasi terbaru mereka, Android 13. Ia menyertakan sejumlah ciri baharu seperti lebih kawalan kustomasi, kawalan privasi, dan sekuriti ditambah-baik. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk telefon Google Pixel sahaja. Pengeluar telefon lain dijangka menawarkan kemaskini Android 13 dalam beberapa bulan lagi.

Categories
Teknologi

Perodua Bakal Perkenal Platform Tempahan Kereta Digital Tersendiri Pada November 2022

Perodua, pengeluar kenderaan terkemuka Malaysia, kini merancang untuk memperkenalkan platform tempahan digital mereka tersendiri, menjelang November tahun ini. Ini akan memudahkan pengguna memilih pengedar, seterusnya memilih model kenderaan, dan melakukan bayaran yuran tempahan dengan mudah.

Categories
Teknologi

Apple Dijangka Tambah Lebih Banyak Paparan Iklan Pada Aplikasi Terbina Di iPhone

Apple pada hari ini sedia menyertakan pengiklanan pada AppStore, dan kini hadir laporan baharu Apple ingin menggandakan pendapatan melalui pengiklanan. Justeru, pengguna dijangka akan dapat melihat paparan iklan pada aplikasi Apple lain, seperti Apple Maps, Apple Podcast, dan lain-lain.