Categories
Semasa Teknologi

UAE Ingin Bangunkan Kapal Selam Berbentuk Ikan Pari

UAE kini sedang membina kapal selam Kronos, yang mengambil inspirasi dari ikan pari. Kapal selam ini mempunyai tingkap di hadapan, membolehkan krew melihat terus ke luar kapal ketika menyelam. Ia boleh memuatkan 10 orang, menyelam sehingga 100 meter, dengan kelajuan mencecah 50km/j.

Categories
Teknologi

6 Syarikat Malaysia Bersetuju Dengan Pegangan Pada DNB

Enam syarikat telekomunikasi utama negara, iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan juga Yes kini telah bersetuju mendapatkan pegangan pada Digital Nasional Berhad, dan kini dalam perancangan untuk menyelesaikan terma penawaran perkhidmatan seperti harga dan sebagainya sebelum mula tawarkan khidmat 5G kepada pengguna akhir.

Categories
Teknologi

Rusia Hasilkan Laptop Guna Cip Tersendiri, BitBlaze BM15

Disebabkan oleh sekatan ekonomi terhadap Rusia, kini negara tersebut mula menghasilkan beberapa perkara secara sendiri. Terbaru, sebuah komputer riba dinamakan BitBlaze Titan BM15 diperkenalkan, iaitu sebuah komputer riba yang dihasilkan di Rusia, termasuk guna cip keluaran Rusia, dinamakan Baikal-M.

Categories
Sains Teknologi

Kubota Glasses Direka Untuk Merawat Rabun Jauh Tanpa Pembedahan

Kubota Glasses merupakan sebuah kaca mata khusus direka untuk merawat myopia aksial. Ini dijayakan dengan lampu dipancarkan ke retina pemakai. Ini akan membuatkan objek dekat kelihatan kabur dan memaksa lensa mata untuk memfokus objek jauh, sekaligus untuk jangka masa panjang, mengatasi masalah rabun jauh.

Categories
Teknologi

Jepun Menggunakan Robot Untuk Susun Stok Barangan Di Kedai Runcit

Di Jepun, sebuah syarikat robot menggunakan robot untuk susun stok di rak-rak jualan barangan di kedai runcit. Ini sekaligus mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja manusia. Robot ini boleh menyusun sehingga 1000 unit barangan setiap hari, termasuk botol dan juga tin minuman. FamilyMart turut akan melakukan ujian rintis guna robot ini.

Categories
Teknologi

Majoriti Besar Telefon Android Masih Menggunakan Sistem Operasi Versi Lama

Bagi telefon Android, ia dilihat kemaskini untuk versi baharu masih menjadi salah satu cabaran besar. Mengikut data terbaru, Android 12 yang dikeluarkan pada tahun lepas, hanya dinikmati oleh sekitar 13.3% peranti Android aktif seluruh dunia buat masa ini. Google dijangka memperkenalkan Android 13 tidak lama lagi.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Samsung Galaxy Buds 2 Pro Boleh Kenal Pasti Postur Kepala, Beri Peringatan Regangkan Leher

Disebabkan penggunaan peranti, kita sering melihat kebawah, dan bukan ke hadapan. Ini sekaligus memberikan tekanan pada leher, dan mungkin memberi kesan jangka masa panjang. Dalam membantu pengguna, kini fon telinga terbaru Samsung hadir dengan ciri memantau posisi postur kepala, dan beri peringatan kepada pengguna untuk regangkan leher.

Categories
Teknologi

K-KOMM Akan Memperkenalkan Aplikasi Anti-Godam

Dengan pelbagai perkara melibatkan keselamatan siber yang semakin merisaukan, kini Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia, mengatakan kelak sebuah aplikasi anti-godam akan diperkenalkan. Buat masa ini, maklumat penuh berkaitan dengannya masih belum dikongsikan lagi.

Categories
Teknologi

Menjelang 2025, Samsung Sasar Lebih 50% Telefon Premium Mereka Adalah Telefon Boleh-Lipat

Samsung sedia menawarkan dua keluarga telefon dengan skrin boleh-lipat pada hari ini. Berkongsi hari ini, Samsung sasar kategori produk ini akan meliputi lebih 50% pasaran produk premium mereka – sekaligus memperlihatkan akan mengatasi jualan siri Galaxy S kelak.

Categories
Teknologi

Google Membuka Penawaran Rantau Malaysia Pada Google Cloud

Google hari ini secara rasminya mengumumkan sokongan pembukaan rantau Malaysia pada Google Cloud. Ia sekaligus akan melihat Google melabur pada infrastruktur Google Cloud di Malaysia, sekaligus menawarkan masa pendam lebih rendah untuk pengguna tempatan yang mengakses perkhidmatan menggunakan Google Cloud.