Categories
Teknologi

Apple Halang Kakitangan Guna AI Seperti ChatGPT Bagi Mengelak Rahsia Bocor

Kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT membantu memudahkan kerja kerana mengambil alih proses tugasan yang rencah. Tetapi, sebelum ini sudah berlaku insiden maklumat rahsia syarikat tertiris secara tidak sengaja seperti yang berlaku kepada Samsung apabila data dimuat-naik ke ChatGPT dan ia digunakan untuk tujuan latihan data. Menurut laporan Wall Street Journal, kini Apple ialah sebuah lagi syarikat yang menghalang penggunaan AI pihak ketiga seperti ChatGPT di tempat kerja bagi mengelakkan nasib yang sama menimpa mereka.

Categories
Teknologi

Perodua Memperlihatkan Kereta Elektrik Konsep – Adakah Ini Myvi Generasi Akan Datang?

Perodua pada acara Malaysia Autoshow 2023 memperlihatkan salah satu kereta konsep yang dinantikan ramai, iaitu kereta elektrik konsep. Perodua menamakan ia sebagai EMO (Electric Motion Online). Kereta konsep ini dilihat hadir dengan rekaan seumpama Perodua Myvi, dan dikatakan menawarkan kelajuan maksimum mencapai 160km/j.

Categories
Teknologi

Google Ingin Menjadikan Carian Lebih Peribadi Melalui Integrasi AI Dan Klip Video Pendek

Kini, menurut WSJ, Google sedang melihat kepada kaedah paparan baharu hasil carian, sekaligus mengubah bentuk paparan tradisional masa kini yang mengintegrasikan sekitar 10 pautan untuk diklik dan dibuka. Melalui peralihan baharu, Google ingin memperlihatkan keputusan carian dengan mengintegrasikan perbualan bersama kecerdasan buatan. Disamping itu, Google juga dikatakan ingin menyertakan video-video pendek serta perkongsian di media sosial.

Categories
Teknologi

Tim Cook : Kami Senang Hati Dengan Rekod Jualan Suku Tahunan Mac Di Malaysia

Apple hari ini telah berkongsi penyata pendapatan untuk suku tahunan yang lepas, memperlihatkan pendapatan sedikit menurun berbanding tahun lepas, disebabkan oleh perubahan pasaran dan kesan makroekonomi dan inflasi. Namun, melalui perkongsian Tim Cook, beliau mengatakan Apple senang hati dengan rekod jualan suku tahunan Mac lepas di beberapa buah negara, termasuk Malaysia dan India.

Categories
Semasa Teknologi

Liputan 5G Di Malaysia Kini Mencapai 57.8% Kawasan Berpenduduk

Kerajaan kini secara rasminya telah menyatakan DNB akan bertanggungjawab dalam membawa kadar liputan 5G di Malaysia mencapai 80% menjelang penghujung 2023 ini, dan selepas itu Malaysia akan beralih kepada model dwirangkaian 5G. Selari dengannya, ia kini turut dikongsikan yang mana kadar liputan 5G di Malaysia kini telah mencapai angka 57.8% kawasan berpenduduk.

Categories
Teknologi

Microsoft Kini Membuka Akses Bing Chat Kepada Semua – Perlu Guna Melalui Microsoft Edge

Selepas tiga bulan menawarkan Bing Chat dalam bentuk jemputan, akhirnya kini Microsoft membuka akses kepada Bing Chat kepada semua pengguna. Namun, untuk mengaksesnya pengguna perlu menggunakan pelayar web Microsoft Edge, dan perlu mendaftar masuk ke akaun Microsoft, sebelum dapat menggunakan Bing Chat.

Categories
Semasa Teknologi

Malaysia Akan Beralih Ke Model Dwirangkaian 5G Pada 2024

Menteri Komunikasi dan Digital hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju pelaksanaan 5G di Malaysia diteruskan melalui DNB sehingga mencapai 80% liputan dikawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023. Manakala peralihan ke dwi-rangkaian akan dilaksanakan selepas itu, berpandukan kepada syarat-syarat yang selari diperingkat global. Kompisisi pihak penyedia perkhidmatan dalam Entiti A dan Entiti B (apabila peralihan ke dwi-rangkaian) akan diputuskan kelak.

Categories
Teknologi

Kakitangan Samsung Diharamkan Menggunakan ChatGPT Dan Bing

Samsung kini mengeluarkan memo kepada kakitangan supaya tidak lagi menggunakan kecerdasan buatan seperti ChatGPT, Microsoft Bing dan Google Bard. Hal ini kerana untuk mengelak sebarang ketirisan data berlaku akibat penggunaan data yang dilatih pada kecerdasan buatan berkenaan.

Categories
Teknologi

Presiden Microsoft Melihat China Menjadi Pesaing Terbesar Untuk ChatGPT

Presiden Microsoft, Brad Smith kini melalui sebuah temuramah menyasarkan yang mana syarikat dan firma dari China bakal menjadi pesaing terbesar untuk perkhidmatan ChatGPT dibawah OpenAI pada hari ini. Beliau turut mengatakan melihat tiga firma pada barisan hadapan dalam persaingan kecerdasan buatan, iaitu diterajui OpenAI, Google pada tempat kedua, dan Akademi Kecerdasan Buatan Beijing pada kedudukan ketiga.

Categories
Teknologi

Apple Dilaporkan Sedang Bangunkan Pembimbing Memfokuskan Kesihatan, Berasaskan AI

Terkini, dalam terus memfokuskan arena kesihatan, kini Bloomberg melaporkan Apple sedang bangunkan sebuah ciri baharu yang diberikan nama kod Quartz. Quartz ini dikatakan merupakan sebuah pembimbing memfokuskan kesihatan, yang mana berasaskan kepada kecerdasan buatan (AI). Quartz akan menggunakan pelbagai data pengguna sedia ada melalui Apple Watch, dan seterusnya menyediakan program yang bersesuaian memfokuskan kepada senaman, corak tidur dan juga makanan serta diet.