Categories
Gaya Hidup

51% Rakyat Malaysia Akui Tidak Mampu Beli Rumah

Baik harga kediaman biasa mahupun harga di bawah skim rumah mampu-milik, ternyata sekitar 51% rakyat Malaysia mengakui mereka masih tidak mampu membeli dan memiliki kediaman. Dapatan kajian terbaru ini jelas menunjukkan lebih separuh rakyat Malaysia alami kesukaran membina aset mereka sekiranya tiada bantuan yang memadai dengan tekanan kos semasa.

Categories
Teknologi

Apple iPhone 14 Pro Hadir Dengan Rekaan Skrin Berlubang, Kamera 48MP

Apple kini telah melancarkan iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max. Ia hadir dengan rekaan skrin menyertakan lubang berbentuk pil menggantikan takuk dan interaktif mengikut aplikasi, dijana cip Apple A16 Bionic, dan kamera 48-megapixel. Di Malaysia, ia dijual bermula harga RM5299.

Categories
Teknologi

Apple Menyertakan Sokongan SOS Kecemasan Menggunakan Satelit Pada iPhone 14

Apple kini mengumumkan ciri komunikasi baharu pada iPhone 14, iaitu sokongan penggunaan satelit. Pengguna boleh menghantar SOS kecemasan ketika berada di kawasan luar talian. Pengguna perlu menghalakan iPhone ke satelit berhampiran, dan seterusnya selepas ia berhubung, pengguna boleh menghantar SOS kecemasan. Buat masa ini, ciri ini terhad di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja.

Categories
Teknologi

Apple Watch Ultra Hadir Dengan Sokongan Lebih Menarik, Pada Harga RM3799

Apple kini mengemaskini penawaran jam tangan pintar melalui Apple Watch Ultra – ditujukan kepada mereka yang sering melakukan aktiviti lasak dan aktif bereksplorasi. Ia hadir dengan skrin lebih besar, bateri sehingga 60 hari, sokongan GPS lebih jitu, dan sebuah butang khusus pada bahagian tepi.

Categories
Teknologi

Apple Memperkenalkan iPhone 14 dan iPhone 14 Plus

Apple kini telah memperkenalkan telefon pintar generasi baru mereka, iaitu iPhone 14. Ia hadir dengan cip Apple A15 seperti pada model tahun lepas, tetapi dengan pembaharuan seperti kamera utama 12MP baru, dan juga sokongan komunikasi satelit. iPhone 14 Plus juga menggantikan model mini sebelum ini.

Categories
Kewangan

MOF Pertimbang Guna Aplikasi Untuk Salur Subsidi Bersasar

Sejak awal Julai lalu, kerajaan Malaysia telah menzahirkan hasrat untuk menerapkan langkah subsidi bersasar kepada rakyat negara bagi mengimbangi kelebihan buat golongan pendapatan rendah. Meskipun tidak mengetahui tempoh pelaksanaan sebenarnya, MOF kini sedang mempertimbangkan pendekatan salurannya. Menurut Tengku Zafrul, pertimbangan aplikasi dan penggunaan dompet digital ketika ini sedang dikaji pihaknya.

Categories
Teknologi

Apple Membuang Slot SIM Fizikal Pada iPhone 14 – Bermula Dari Model Di Amerika Syarikat

Apple kini dilihat ingin memberikan lebih fokus terhadap penggunaan eSIM, sekaligus mungkin akan menamatkan penggunaan kad SIM fizikal pada iPhone mereka. Melalui iPhone 14, Apple telah membunuh penawaran iPhone dengan ciri SIM fizikal, bermula di Amerika Syarikat. Ia mungkin akan diperluaskan ke negara lain pada tahun-tahun akan datang.

Categories
Gaya Hidup

FamilyMart Buka Cawangan Pandu-Lalu Nirtunai Pertama

FamilyMart kini memperkenalkan cawangan pandu-lalu nirtunai pertama mereka di Caltex Puncak Alam. Menerusi pengenalan ini, pengguna kini mempunyai lebih banyak lagi pilihan pesanan untuk mendapatkan variasi hidangan makanan dan minuman yang digemari seperti set Oden, snek panas, sofuto, rangkaian kopi sejuk dan banyak lagi – secara pandu-lalu.

Categories
Teknologi

HappyFresh, Khidmat Tempahan Barangan Runcit – Kini Dilihat Menutup Operasi Sementara

HappyFresh merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan orang ramai melakukan tempahan barangan runcit dari kedai atau pasaraya berhampiran dengan mudah. Apa pun, kini perkhidmatan tersebut dilihat menghadapi masalah. Ia tidak lagi ditawarkan untuk tempahan perkhidmatan, dan memaparkan notis yang mana semua kedai pada platform ditutup buat sementara waktu.

Categories
Teknologi

Filem Yang Dibuat Sepenuhnya Menggunakan AI Sedang Dibangunkan

Kecerdasan buatan (AI) sedia digunakan dalam sejumlah perkara, dan kini sebuah projek dinamakan “Salt” diumumkan, dimana ia akan menjadi filem yang dibuat sepenuhnya menggunakan AI – termasuk latar belakang, prop dan juga pelakon maya.