Categories
Semasa

Pemakaian Pelitup Muka Tidak Lagi Diwajibkan Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mengumumkan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup tidak diwajibkan lagi, berkuat kuasa serta-merta. Pelaksanaan ini menurut Khairy Jamaluddin diteliti berdasarkan situasi semasa tahap penularan COVID-19 negara.

Categories
Teknologi

Bekalan Terjejas Kesan Cuaca – Harga Sayur Mungkin Naik

Rentetan cuaca hujan berlarutan di Malaysia sejak kebelakangan ini, sesetengah petani berpendapat situasi ini berupaya menjejaskan bekalan sayur negara sehingga 30%. Pengurangan hasil tanaman ini menurut laporan sekaligus berpotensi meningkatkan harga jualan sayur di pasaran.

Categories
Sukan Teknologi

DeepMind Kini Mengajar AI Bermain Permainan Bola Sepak

Sebelum ini, kita sedia melihat DeepMind mengajar kecerdasan buatan sejumlah perkara, termasuk permainan catur dan Go. Kini, bergerak setapak kehadapan lagi, DeepMind berkongsi kajian mereka, mengajar AI untuk bermain bola sepak. Langkah ini dijangka akan membolehkan robot belajar cara berinteraksi dan bekerjasama dengan yang lain.

Categories
Gaya Hidup

Gardenia Kini Tawar Alternatif Maggi Melalui Penawaran Mi Segera Tersendiri

Gardenia kini memperluaskan penawaran produk mereka menerusi pengenalan variasi mi segera baharu iaitu NuMee Instant Noodles. Ia hadir dengan 3 pilihan rasa iaitu perisa kari, ayam dan juga mi goreng yang mana ia sekaligus dapat memenuhi citarasa setiap individu.

Categories
Semasa

Iran Menggunakan Teknologi Pengecamam Wajah Untuk Menghukum Wanita Yang Tidak Menutup Aurat

Sejak revolusi 1979, pemakaian tudung oleh wanita adalah diwajibkan di Iran. Kegagalan menutup kepala boleh menyebabkan wanita didenda atau dalam kes lebih serius dipenjara. Terkini, kerajaan Iran akan menggunakan teknologi pengecaman wajah untuk mengenalpasti dan kemudiannya menghukum wanita yang tidak menutup aurat di kawasan awam.

Categories
Gaya Hidup

Tealive Kini Mempunyai 800 Cawangan Fizikal Di Seluruh Negara

Tealive kini telah pun membuka cawangan ke-800 mereka, di Batu Kawan, Pulau Pinang. Untuk makluman, cawangan pertama Tealive dibuka di Pavilion Kuala Lumpur pada Februari 2017 lepas, dan sejak daripada itu, jenama ini telah diperluaskan secara mendadak, dimana sebahagian dijenamakan semula daripada Chattime.

Categories
Kewangan

Bank Negara Dijangka Menaikkan Kadar OPR Pada Minggu Ini

Mengikut perkongsian Moody’s Analytics, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25bps kepada 2.5% pada minggu ini. Ini selari dengan BNM yang dijadualkan untuk mesyuarat Dasar Monetari bagi September pada 7-8 September 2022 ini.

Categories
Teknologi

Setel Kini Membolehkan Anda Isi Minyak Dengan Lebih Pantas Melalui “One-Tap Fuelling”

Setel hari ini mula memperkenalkan sebuah ciri baharu, dinamakan sebagai “One-Tap Fuelling”. Melaluinya, Setel ingin mempercepatkan proses mengaktifkan dan melakukan pembayaran untuk pengisian minyak dengan sepantas hanya satu tap atau satu ketik sahaja, sekaligus mengurangkan daripada keperluan lima tap sebelum ini.

Categories
Sukan

Skuad Lelaki Negara Raih Pingat Emas Kejohanan Dodgeball Dunia 2022

Peminat sukan dodgeball seluruh dunia sekali lagi menyaksikan skuad lelaki Malaysia berjaya meraih pingat emas dalam Kejohanan Dodgeball Dunia. Kilauan pingat emas itu menjadi milik Malaysia setelah skuad lelaki negara berhasil menumpaskan Australia dengan skor 9-5.

Categories
Sains

Mesin Ciptaan MIT Di Marikh Menjana Oksigen Setanding Sebatang Pokok Kecil

Dalam misi planet Marikh sebelum ini, Mars Oxygen In-Situ Resource Utilization Experiment (MOXIE) adalah antara mesin yang dibawa sekali. Mesin ciptaan MIT ini boleh jana oksigen guna atmosfera Marikh. Selepas setahun menjalankan eksperimen, MIT kini berkongsi MOXIE mampu menghasilkan jumlah oksigen yang sama seperti sebuah pokok kecil.