Categories
Gaya Hidup Semasa

Harga Purata Sewa Rumah Bertingkat Tinggi Di Lembah Klang Naik

Hartanah bagi kediaman bertingkat tinggi di Kuala Lumpur dan Selangor kini memaparkan kenaikan pertumbuhan harga purata sewa yang tertinggi – setakat 6 bulan pertama tahun 2022 ini. Kenaikan ini seiring dengan peningkatan permintaan menyewa yang semakin rancak di kawasan Lembah Klang dengan 34% kenaikan carian menyewa di lokasi berkaitan direkodkan.

Categories
Sukan

Harimau Malaya Naik Ke Ranking 146 Dunia Selepas Muncul Naib Juara King’s Cup

Malaysia menamatkan saingan King’s Cup Kali Ke-48 anjuran Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) sebagai naib juara setelah tumpas dalam penentuan sepakan penalti kepada Tajikistan. Walaupun terlepas gelaran juara, skuad Harimau Malaya berhasil meraih peningkatan yang positif dalam kedudukan ranking dunia Persekutuan Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) selepas bertemu Tajikistan dan Thailand.

Categories
Kewangan Semasa

Kerajaan Ingin Memperkenalkan Lesen Khas Untuk Peniaga Atas-Talian Bagi Mengelakkan Penipuan

Kerajaan kini sedang mengkaji semula prosedur lesen khas atas perniagaan atas-talian dalam usaha melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan. Satu pasukan khas diwujudkan bagi mencari mekanisme pelesenan baharu dengan peraturan sedia ada yang akan dipinda.

Categories
Teknologi

iPhone 15 Ultra Mungkin Akan Gantikan Model Pro Max Pada 2023

Apple pada hari ini mempunyai empat model telefon pada pengenalan sesuatu siri iPhone, dengan yang paling berkuasa adalah iPhone Pro Max. Namun, untuk tahun 2023 kelak, Apple dijangka mengubahnya kepada nama iPhone Ultra, sekaligus membawakan rekaan serba baharu, disamping menyertakan port pengecasan USB-C pada tahun hadapan.

Categories
Sains

Penguin Maharaja Dijangka Pupus Menjelang 2050

Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja berdepan kepupusan dalam tempoh 30 tahun lagi, iaitu menjelang tahun 2050 kelak. Penguin maharaja merupakan endemik Antartika dan adalah yang terbesar daripada 18 spesies penguin, yang boleh mencecah ketinggian sehingga 1.3 meter.

Categories
Semasa

DBKL Perkenal Surau Bergerak Mudahkan Pengunjung Tunaikan Solat

DBKL kini perkenal sebuah surau bergerak, dimana surau bergerak ini boleh memuatkan 10 jemaah lelaki dan wanita sementara 20 jemaah lelaki lagi bagi ruang solat di bahagian luar lori. Kemudahan ini bakal memberi manfaat kepada pengunjung melibatkan program ad hoc seperti maraton dan sambutan Hari Kebangsaan.

Categories
Teknologi

Instagram Kini Menawarkan Perkongsian Stories Sehingga 60 Saat Setiap Klip

Instagram kini mengemaskini penawaran Instagram Stories, membolehkan para pengguna berkongsi sesuatu klip sehingga 60 saat yang tidak dipecahkan kepada beberapa klip berbeza. Sebelum ini, Instagram Stories mengehadkan perkongsian kepada 15 saat setiap klip – dimana sekiranya video panjang dikongsikan, ia dipecahkan kepada beberapa klip secara automatik.

Categories
Sukan

Sukma 2022 Berakhir Dengan Johor Menjadi Juara

Johor mencipta sensasi apabila meraih gelaran juara sulung dengan membawa pulang 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa, sekali gus mengatasi 14 kontinjen lain termasuk juara bertahan, Terengganu (64 emas, 49 perak dan 56 gangsa) di tempat kedua serta Wilayah Persekutuan (55 emas, 68 perak dan 64 gangsa) di tempat ketiga.

Categories
Sains

Syarikat China Ingin Melancarkan Panel Solar Ke Angkasa Bagi Menjana Elektrik 24 Jam

Sebuah syarikat dari China ingin melancarkan panel solar ke angkasa lepas bagi membolehkan kuasa elektrik dijana 24 jam sehari. Tahun ini China berkata mereka berjaya melakukan ujian memancarkan kuasa elektrik dari panel solar di angkasa dengan ia dihantar semula ke bumi menerusi gelombang mikro. Ini adalah satu lagi usaha untuk mengurangkan pergantungan China kepada sistem menjana elektrik menggunakan bahan api fosil.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Jalan Kuching Selatan Dibuka Di Bandar Guro, Korea Selatan – Dinamakan Sebagai KuchingSouth-ro

Di Korea Selatan, kini sebuah jalan di Bandar Guro telah dinamakan sebagai ‘KuchingSouth-ro’ iaitu nama bandaraya Kuching Selatan di Sarawak. Penamaan jalan ini adalah untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-10 persahabatan antara Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Bandar Guro sebagai bandar persahabatan.