Categories
Gaya Hidup Teknologi

Setel Menambah Ciri Bantuan Baiki Kenderaan Seperti Gantian Bateri, Dan “Jump-Start”

Setel meneruskan fokus dalam menjadi sebuah aplikasi sehenti untuk pengurusan kenderaan – daripada mengisi minyak, menguruskan parkir, dan kini turut dalam mendapatkan bantuan melibatkan kenderaan. Melalui Setel, kini ia menawarkan kemudahan untuk menggantikan bateri kenderaan, atau menggunakan ciri “jump-start” untuk memulakan kenderaan.

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

Kerajaan Akan Sediakan WiFi Percuma Di Semua Hospital Awam Seluruh Negara

Kementerian Kesihatan kini mengumumkan akan melaksanakan pemasangan perkhidmatan WiFi percuma di semua hospital awam seluruh negara. Pemasangan ini akan dilakukan secara berperingkat. Hospital pertama yang akan menerimanya adalah Hospital Rembau.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

GIPHY : GIF Semakin Kurang Popular Dikalangan Pengguna Muda

GIPHY, salah satu enjin carian memfokuskan GIF yang popular, kini menyatakan kepada badan persaingan di UK, menyatakan GIF semakin kurang popular digunakan sebagai bentuk kandungan – terutamanya melibatkan pengguna Gen Z. Ia dikatakan penggunaan GIF adalah trend orang dulu, dan bukannya dikalangan pengguna Gen Z. GIPHY mengatakan kadar muat-naik GIF baharu juga semakin merudum dari hari ke hari.

Categories
Sains

Arab Saudi Ingin Hantar Angkasawan Wanita Pertama Seawal 2023

Arab Saudi kini mengumumkan perancangan untuk menghantar angkasawan wanita buat pertama kalinya ke angkasa, seawal 2023. Langkah Arab Saudi ini adalah sebahagian usaha dalam terus giat mempromosikan arena sains dan teknologi, dan pada masa yang sama mengurangkan kebergantungan ekonomi kepada minyak.

Categories
Kewangan

Inflasi Malaysia Kini Meningkat 4.7%

Indeks Harga Pengguna (IHP) yang turut menilai paras inflasi utama Malaysia ketika ini telah memaparkan berlakunyan peningkatan inflasi sekitar 4.7% bagi data Ogos 2022. Ini lebih tinggi berbanding paras inflasi Julai 2022 iaitu 4.4%. Berdasarkan pemerhatian keseluruhan setakat Januari sehingga Ogos 2022, kadar inflasi Malaysia mencatatkan sekitar 3.1%.

Categories
Semasa

Universiti Keusahawanan Bakal Mula Operasi Selewat-lewatnya Disember 2022

Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) dijangka memulakan operasi selewat-lewatnya Disember tahun ini selepas mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pengambilan pertama melibatkan seramai 500 pelajar dari seluruh negara akan dilakukan seawal November atau Disember ini, daripada peringkat Diploma hingga PhD.

Categories
Kewangan Semasa

Rakyat Malaysia Dijangka Perlukan Sekurang-Kurangnya RM1 Juta Dalam Simpanan Sebelum Bersara

Rakyat Malaysia yang ingin bersara dengan tenang dalam tempoh 20 tahun hingga 30 tahun akan datang, dijangka memerlukan sekitar RM900,000 sehingga RM1 juta dalam akaun simpanan mereka. Mengikut perkiraan bahagian strategi KWSP, nilai ini diukur setelah mengambil-kira faktor inflasi dan kos perubatan yang perlu ditanggung ketika hari tua.

Categories
Gaya Hidup

Crocs Hadir Dengan Penawaran Kasut Bertemakan 7-Eleven

Crocs merupakan antara pengeluar kasut getah yang terbesar di dunia, dan telah sedia hadir dengan sejumlah rekaan unik sejak 2002 lepas. Terbaru, Crocs dilihat bekerjasama dengan 7-Eleven dalam menghasilkan kasut getah yang dilengkapi dengan elemen yang merujuk kepada kedai serbaneka popular tersebut. Sebanyak 4 rekaan bakal ditawarkan Crocs.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple iPhone 14, iPhone 14 Pro Dan iPhone 14 Pro Max Kini Mula Dijual Di Malaysia

Apple kini mula menjual tiga telefon pintar dibawah siri iPhone 14 untuk pasaran Malaysia, iaitu iPhone 14, iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max. Model iPhone 14 dijual pada harga bermula RM4199, sementara iPhone 14 Pro bermula RM5299, dan iPhone 14 Pro Max pula bermula RM5799. Menjadi perhatian ramai pada tahun ini adalah ciri Dynamic Island pada siri Pro.

Categories
Teknologi

Bytedance Perkenal PICO4 – Set VR, Bakal Hadir Ke Malaysia Pada Oktober

PICO, anak syarikat dibawah Bytedance yang turut terkenal dengan penawaran aplikasi TikTok, kini telah memperkenalkan set realiti-maya atau VR mereka terbaru, iaitu PICO4. Menariknya adalah, kali ini PICO turut mengumumkan set ini bakal hadir ke pasaran Malaysia pada bulan Oktober 2022 ini.