Categories
Teknologi

Kajian Mendapati Butang “Dislike” Dan “Not Interested” Tidak Begitu Berfungsi Di YouTube

Pada laman YouTube, terdapat butang “Dislike” dan “Not Interested” pada sesuatu video – yang sepatutnya tidak memaparkan video seumpamanya kepada pengguna. Namun, mengikut kajian, ia didapati perkara tersebut tidak berlaku. YouTube didapati masih lagi menyarankan video yang dilabel tidak disukai dan ditanda supaya jangan disarankan.

Categories
Sains

Saintis Menganggarkan Terdapat Kira-Kira 20 Kuadrilion Semut Di Muka Bumi

Tahukah anda, terdapat kira-kira 12,000 spesies semut yang telah dikenalpasti. Namun, hanya 1% daripadanya adalah yang kita sering lihat di kebanyakan bangunan, persekitaran tempat tinggal anda. Mengikut kajian terkini, para saintis menganggarkan terdapat kira-kira 20 kuadrilion semut di muka Bumi. Dan saintis turut menekankan bahawa perubahan dalam pertanian atau cara hutan ditebang boleh memberi kesan kepada bilangan semut.

Categories
Gaya Hidup Sains

Pengambilan Air Bergula Dua Kali Sehari Meningkatkan Risiko Kematian Akibat Kanser

Menerusi kajian terkini oleh American Cancer Society mendapati, mereka yang mengambil dua atau lebih minuman bergula sehari mempunyai risiko lebih tinggi meninggal dunia akibat kanser berbanding mereka yang tidak minum air bergula. Peningkatan risiko mendapat kanser seperti gastrointestinal, payudara pasca menopaus, endometrial dan ginjal. Ia berkait rapat dengan indeks jisim badan (BMI) yang tinggi kerana pengambilan minuman bergula.

Categories
Teknologi

Microsoft Memperkenalkan Windows 11 2022 Update

Microsoft kini memperkenalkan kemaskini kepada sistem operasi Windows 11, melalui Windows 11 2022 Update. Ia menawarkan beberapa ciri baharu, termasuk mod pemfokusan, kemaskini pada menu Start, sokongan tab pada File Explorer, dan banyak lagi. Kemaskini ini ditawarkan percuma.

Categories
Sukan

Rusia Diharamkan Sertai Kelayakan & Kejohanan EURO 2024

Kejohanan EURO yang akan berlangsung di Jerman pada tahun 2024 tidak ditandingi skuad kebangsaan Rusia. Ini selepas Rusia tidak disenaraikan dalam majlis undian kelayakan EURO 2024 yang akan berlangsung pada 9 Oktober kelak. UEFA bertindak menggantung Rusia berikutan pencerobohan ke atas negara jirannya, Ukraine sejak penghujung Februari lalu.

Categories
Kewangan

Jumlah Orang Kaya Diramal Meningkat Kepada Lebih 87.5 Juta Orang Jutawan Menjelang 2026

Pengamatan Credit Suisse pada tinjauan kekayaan global 2022 ini secara jelas menunjukkan kesan inflasi, kenaikan kadar faedah bersama ketidaktentuan ekonomi semasa – ternyata tidak menjejaskan percambahan kelompok jutawan dunia. Mengikut jangkaan, menjelang tahun 2026, jumlah jutawan akan meningkat 40% kepada lebih 87.5 juta orang jutawan, dengan nilai kekayaan sekurang-kurangnya $1 juta.

Categories
Gaya Hidup Sains

Hilton Akan Menghasilkan Rekaan Dalaman Stesen Angkasa Spacelab Untuk Pelancong

Spacelab ialah stesen angkasa swasta yang akan dilancarkan menjelang 2027 dan bakal menawarkan pengalaman tinggal di angkasa lepas untuk pelancong. Bagi memastikan keselesaan pelancong, rekaan kabin Spacelab akan direka oleh Hilton. Hilton akan mereka tempat tinggal pelancong serta bekerjasama untuk meneliti peluang untuk pemasaran hotel di angkasa lepas.

Categories
Gaming

Mobile Legends Professional League Menerima Rekod Sebagai Kejohanan Esukan Paling Lama Di Malaysia

Malaysia Book of Records (MBOR) telah menganugerahkan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY) sebagai kejohanan esukan yang paling lama di anjurkan di Malaysia. MPL MY telah dianjurkan secara tahun 2017 lagi memasuki tahun ke-5 pada tahun ini. Menurut Moonton, sejak MPL Malaysia bermula, ia telah menjadi platform untuk lebih 500 atlit esukan dan juga pencipta kandungan.

Categories
Teknologi

Honda Panggil Balik 702 Unit Civic FE 2022 & City RS Hybrid 2021

Honda Malaysia kini memanggil balik model City Hybrid 2021 dan Civic 2022 sebagai langkah keselamatan berjaga-jaga.
City Hybrid 2021 dipanggil balik untuk ganti kamera ADAS yang dipasang pada cermin depan berikutan kamera tersebut mungkin tidak berfungsi dengan baik. 72 unit Civic 2022 dipanggil balik sebagai langkah membaiki titik kimpalan pada pelaras gelongsor di tempat duduk pemandu.

Categories
Teknologi

5G Kini Meliputi 33% Kawasan Berpenduduk Di Malaysia

Menteri Komunikasi dan Multimedia, kini berkongsi mengatakan terdapat lebih 2100 tapak 5G yang kini beroperasi, setakat Ogos 2022 lepas. Selari dengan perkembangan tersebut juga, kini liputan 5G mencecah 33% kawasan penduduk di beberapa buah negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.