Categories
Teknologi

Apple Umum Peningkatan Harga Aplikasi Untuk Pasaran Malaysia

Apple kini mengeluarkan notis, mengatakan mereka akan tingkatkan harga untuk aplikasi berbayar dan juga pembelian dalam aplikasi melalui Apple App Store, bermula 5 Oktober 2022 ini. Untuk para pengguna, jangan terkejut dengan peningkatan harga yang akan dilakukan pada kedai aplikasi pada iPhone dan iPad anda bermula bulan hadapan.

Categories
Sukan

Tunku Panglima Johor Duduki Tangga Ketiga GT Australia

Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim kini berada di tempat ketiga dalam senarai kedudukan pemandu GT Australia dengan mengumpul 105 mata. Pusingan seterusnya bagi musim 2022 akan berlangsung di Litar The Bend Motorsport Park, South Australia dari 14 hingga 16 Okt ini.

Categories
Kewangan Semasa

Shopee Membuang 3% Pekerja Di Indonesia

Shopee sebelum ini telah melakukan beberapa pengoptimasian, termasuk menghentikan pengambilan pekerja baharu, barisan pengurusan teratas yang berhenti mengambil gaji, dan kini, Shopee turut menghentikan 3% pekerja di Indonesia. Langkah ini dalam mencapai kecekapan operasi syarikat tersebut.

Categories
Semasa

MAVCOM : AirAsia Menerima Bilangan Aduan Tinggi Sepanjang 6 Bulan Pertama 2022

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) kini mengeluarkan data untuk enam bulan pertama, memperlihatkan AirAsia menerima jumlah aduan paling tinggi, iaitu 42.1% daripada jumlah keseluruhan aduan. Ia diikuti MAS dengan 40.7% aduan. Kebanyakkan aduan melibatkan kepada penjadualan semula penerbangan.

Categories
Semasa

PM : Semua CEO GLC, GLIC Dan Hakim Perlu Isytihar Aset Kepada SPRM

Semua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan ahli badan kehakiman kini dikehendaki mengisytiharkan aset harta mereka kepada SPRM. Keputusan ini dicapai setelah perbincangan dilakukan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Anti-Rasuah hari ini

Categories
Gaya Hidup Kewangan

Selangor Bakal Bina Rumah Khusus Buat Golongan Bujang, Pasangan Baru Berkahwin

Kerajaan Selangor kini dalam perancangan untuk membina kediaman dengan kapasiti 2 bilik – khusus buat golongan bujang dan pasangan yang baru berkahwin. Pembinaan unit rumah tersebut dicadangkan di kawasan Petaling Jaya, Subang Jaya, Ampang dan Shah Alam. Inisiatif ini bertujuan untuk menjamin kualiti kehidupan kumpulan berkaitan dapat terus dipelihara akan kesan tekanan kos semasa.

Categories
Semasa Teknologi

PerantiSiswa Dijangka Akan Selesai Diedar Pada November

Kerajaan kini berkongsi sasaran untuk selesai mengedarkan peranti dibawah inisiatif PerantiSiswa menjelang November 2022 kelak. Pengedaran untuk fasa pertama dijangka akan selesai dalam tempoh dua minggu lagi, sebelum pengedaran untuk fasa kedua bermula sekitar Oktober kelak. Sekitar 300,000 permohonan telah diterima setakat ini.

Categories
Kewangan

Maybank : Pengaktifan Secure2U Hanya Melalui Aplikasi MAE Bermula 1 Oktober, Tiada Lagi Di M2U MY

Maybank kini memaklumkan pengguna, dimana semua pengaktifan baharu untuk Secure2U akan hanya boleh dilakukan melalui aplikasi MAE sahaja, bermula 1 Oktober 2022 kelak, dan tidak lagi boleh dilakukan melalui aplikasi M2U MY. Pengesahan transaksi masih disokong pada M2U MY selepas tarikh tersebut, tetapi tidak boleh digunakan untuk pengaktifan Secure2U.

Categories
Sains Teknologi

IBM Goldeneye Ialah Sistem Penyejuk Komputer Quantum Yang Lebih Sejuk Berbanding Angkasa Lepas

Untuk memastikan komputer dapat berfungsi degan optimum, sistem penyejukan yang baik diperlukan. Selari dengannya, untuk penggunaan komputer kuantum generasi seterusnya, para saintis di IBM telah membangunkan sistem penyejukan yang diberi nama Goldeneye. Ia berbentuk silinder dengan kemampuan menurunkan suhu ke 23 mK yang lebih sejuk berbanding angkasa lepas.

Categories
Kewangan Teknologi

Luno Malaysia Menambah Dua Lagi Penawaran Kriptowang – Solana Dan Cardano

Luno Malaysia kini mengumumkan penambahan dua lagi penawaran kriptowang untuk pengguna tempatan, iaitu kriptowang Cardano (ADA) dan juga Solana (SOL). Kedua-duanya boleh dijual-beli melalui platform Luno di Malaysia bermula 21 September 2022 untuk Cardano, dan bermula 6 Oktober untuk Solana.