Categories
Gaya Hidup

Filem Mechamato Bakal Ditayangkan Di Pawagan Bermula 8 Disember 2022

Animonsta, studio disebalik filem Boboiboy dan juga siri animasi Mechamato, kini mengumumkan filem pertama untuk Mechamato bakal ditayangkan secara rasminya di pawagam seluruh negara bermula 8 Disember 2022 kelak. Untuk makluman, Mechamato menyentuh kisah ayah BoboiBoy bernama Amato, dan juga sebuah robot yang menemani Amato bernama MechaBot.

Categories
Semasa

PM : Tarikh Pembubaran Parlimen Akan Diumum Tidak Lama Lagi

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tarikh pembubaran parlimen akan diumumkan tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ismail Sabri berkata pemimpin BN juga perlu mendekati pengundi muda dengan melaksanakan libat urus bagi mendapatkan sokongan mereka.

Categories
Sains

Jantung Tertua Dunia Ditemukan Dalam Fosil Berusia 380 Juta Tahun

Dalam sebuah fosil di Australia, saintis kini mengetahui bentuk sebenar jantung ikan arthrodire yang hidup sekitar 380 juta tahun yang lalu. Yang menjadikan penemuan ini lebih menarik ialah bentuk jantung terpelihara dalam bentuk asal dan tidak leper walaupun sudah berusia ratusan juta tahun. Berdasarkan spesimen ini, saintis mendapat lebih banyak maklumat bagaimana organ jantung berevolusi sejak ratusan tahun yang lalu.

Categories
Teknologi

Intel Akan Menamatkan Penggunaan Jenama Pentium Dan Celeron Pada 2023

Intel kini menyatakan mereka tidak lagi akan menggunakan penjenamaan Pentium dan Celeron, sebaliknya akan memanggil kedua-duanya dibawah jenama baharu, iaitu Intel Processor. Perubahan ini akan dilakukan secara berperingkat, bermula tahun 2023 untuk kategori komputer riba.

Categories
Teknologi

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Lulus Cadangan Penggabungan Digi Dan Celcom

Digi dan Celcom telah menyatakan akan bergabung dibawah satu entiti sejak awal tahun 2021 lepas. Ia seterusnya telah melalui sejumlah fasa, termasuk pengesahan pihak pemegang saham, pengesahan pihak SKMM, dan kini mereka turut menerima pengesahan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Categories
Teknologi

Siri Apple iPhone 14 Kini Sudah Boleh Dipra-tempah Di Malaysia

Apple kini telah membuka pra-tempahan untuk siri iPhone 14, membolehkan para pengguna di Malaysia akhirnya melakukan pra-tempahan untuk model yang diminati mereka, dan menerimanya bermula minggu hadapan. Sebanyak empat variasi model ditawarkan, termasuk yang paling berkuasa adalah iPhone 14 Pro Max dengan storan paling tinggi pilihan 1TB.

Categories
Semasa

Lebuhraya SUKE Fasa 1 Dibuka Bermula 16 September 2022, Tol Percuma Sebulan

Kerajaan kini mengumumkan Lebuhraya SUKE fasa pertama akan dibuka untuk diakses oleh para pengguna jalan raya bermula tengah hari, 16 September 2022. Lebuhraya SUKE ini menghubungkan Sri Petaling ke Jalan Hulu Kelang, dan adalah sepanjang 24.4 kilometer. Ia dijangka akan mengurangkan sejumlah besar kesesakkan di beberapa jalan utama sekitar Kuala Lumpur.

Categories
Teknologi

Zoom Ingin Perkenal Aplikasi Emel Dan Kalendar

Zoom yang terkenal dengan penawaran aplikasi untuk panggilan video dan telesidang, kini dilaporkan akan memperkenalkan perkhidmatan emel dan juga kalendar seawal November kelak. Masing-masing dijangka dikenali dengan nama ZMail dan Zcal.

Categories
Gaya Hidup

7-Eleven Kini Jual Aiskrim Pedas

7CAFé baru-baru ini hadir dengan satu perisa aiskrim edisi terhad iaitu Flaming Choco. Ia merupakan aiskrim yang diperbuat daripada sos cili pedas Lingham bersama-sama dengan coklat. Melalui gabungan kedua-dua bahan ini, anda akan menikmati rasa pedas dan manis dalam setiap gigitan aiskrim lembut (soft serve).

Categories
Sukan

Roger Federer Mengumumkan Bakal Bersara Tenis

Roger Federer hari ini mengumumkan beliau akan bersara dari sukan tenis tidak lama lagi. Pemain berusia 41 tahun ini, telah memainkan lebih 1500 perlawanan sepanjang 24 tahun dalam kerjaya, dan menjadi juara sebanyak lebih 20 kali. Beliau akan bersara selepas acara Laver Cup di London.