Mengikut data DOSM terbaru yang diterbitkan, ia memperlihatkan gaji penengah di Malaysia adalah sebanyak RM2250 pada tahun 2021. WP Putrajaya mencatatkan gaji penengah tertinggi dengan kadar RM3837, sementara Kelantan terendah dengan RM1632.
Mengikut data DOSM terbaru yang diterbitkan, ia memperlihatkan gaji penengah di Malaysia adalah sebanyak RM2250 pada tahun 2021. WP Putrajaya mencatatkan gaji penengah tertinggi dengan kadar RM3837, sementara Kelantan terendah dengan RM1632.
Elon Musk pada awal pagi tadi, telah menyatakan ingin kembali untuk mengambil-alih Twitter. Lanjutan daripadanya, kini Elon Musk menyatakan pembelian Twitter akan mempercepatkan pembangunan X, iaitu sebuah aplikasi semua-dalam-satu. Info penuh mengenainya tidak diketahui lagi, tetapi Elon Musk dilihat berminat dengan model WeChat.
Khusus buat penggemar hidangan dengan citarasa tempatan, Burger King hari ini telah melancarkan menu burger baru yang akan membuatkan anda teringat kepada kampung halaman iaitu Rendang Beef Burger. Ia hadir dengan penawaran dua keping patti daging untuk hidangan Double Rendang Beef atau anda juga boleh mendapatkan patti yang dipanggang menerusi hidangan Rendang Tendergrill.
Shopee kini mengeluarkan peringatan kepada orang ramai, mengatakan akan menamatkan ciri mengeluarkan duit dari ShopeePay terus ke akaun bank pengguna – mulai 14 Oktober 2022 kelak. Sebagai alternatif, pengguna mungkin boleh melihat kepada ciri DuitNow Transfer untuk menguruskan pemindahan wang.
Elon Musk kini dilihat melakukan pusingan “u-turn” kembali, dan mencadangkan untuk membeli Twitter pada harga penawaran seperti tawaran asal sebelum ini – mencapai $44 bilion. Sebelum ini, Elon Musk membatalkan pembelian mengatakan Twitter mempunyai bot, membuatkan Twitter memfailkan saman ke atas Elon Musk. Perbicaraan sepatutnya berlaku pada 17 Oktober ini.
Pelbagai industri kini sedang mengurangkan kos operasi dengan bergantung kepada robot. Terbaru, syarikat Miso Robotics memperkenalkan robot Flippy 2, yang boleh menggoreng makanan di restoran makanan segera, terutamanya seperti kentang goreng. Beberapa restoran di Amerika Syarikat telah mula menggunakannya sebagai ganti untuk pekerja manusia.
Perkongsian tinjaun EmploymentHero terbaru, menunjukkan lebih 66% pekerja di Malaysia akui miliki pendapatan tambahan – dengan 36% pekerja lakukan pekerjaan sampingan atau laksana kerjasama perniagaan lain untuk jana pendapatan tambahan. 37% pekerja pula mengatakan terlibat dalam pelaburan saham atau arena kriptowang.
Xiaomi hari ini memperkenalkan telefon pintar dibawah siri Xiaomi 12T. Dua model diperkenalkan dibawah siri ini, iaitu Xiaomi 12T dan juga Xiaomi 12T Pro. Menariknya juga adalah Xiaomi menyertakan sensor kamera 200-megapixel bersama-sama penawaran telefon pintar ini, selain turut melengkapkan ia dengan pengecas 120W.
Pihak ALTEL kini mengumumkan perkhidmatan prabayar ALTEL akan ditamatkan sepenuhnya berkuat-kuasa 31 Disember 2022 kelak. ALTEL mengatakan penamatan perkhidmatan ini adalah disebabkan oleh penstrukturan kembali aktiviti perniagaan syarikat ALTEL. Selari dengannya, pengguna diminta mengubah nombor mereka ke talian baharu sekiranya ingin kekal menggunakannya.
Sekitar 46.2% pekerja Malaysia yang terdiri daripada anak muda sekadar memiliki jumlah gaji bulanan bawah RM2,500. Menyedari perkara ini, Perdana Menteri Ismail Sabri pada sidang Idea Bina Negara hari ini (4 Oktober) memaklumkan pentabiran persekutuan akan menggandakan pelbagai inisiatif sokongan untuk membantu anak muda menangani isu ini.