Categories
Gaya Hidup

Adidas Menghasilkan Sejadah Untuk Memudahkan Ibadah Ketika Beriadah

Sempena bulan yang penuh keberkatan ini, Adidas Terrex telah melancarkan sejadah yang direka khusus untuk penganut agama Islam yang ingin mengerjakan ibadah solat dengan selesa ketika sedang beriadah. Sejadah ini diperbuat daripada bahan poliester ringan yang tidak membebankan untuk dibawa ketika mendaki misalnya. Ia juga kalis air supaya boleh menjadi pelapik ketika bersolat di kawasan lapang.

Categories
Gaya Hidup

Blueshark Kini Tiba Di Malaysia – Skuter Elektrik Dengan Kemudahan “Swap” Bateri

Blueshark kini memasuki pasaran Malaysia secara rasminya, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan mendapatkan skuter elektrik pintar mereka. Dua skuter yang ditawarkan di Malaysia setakat ini adalah skuter siri R – iaitu Blueshark R1 dan juga Blueshark R1 Lite. Di Malaysia, Blueshark R1 ditawarkan pada harga RM9390, sementara R1 Lite pula ditawarkan pada harga RM7190

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Xiaomi Kini Menawarkan Peralatan Robotik Untuk Membantu Anda Memasak

Xiaomi kini membawa masuk sejumlah produk dibawah penawaran peranti berhubung ke Malaysia, termasuk salah satunya memfokuskan kepada memasak, iaitu Xiaomi Smart Cooking Robot. Xiaomi Smart Cooking Robot ini dikatakan menawarkan sejumlah ciri memasak yang menarik, termasuk kebolehan menyiapkan sesuatu masalah daripada lebih 200 resipi masakan yang tersedia. Ia ditawarkan di Malaysia pada harga RM4599.

Categories
Semasa

5 Lebuhraya Akan Menyokong Pembayaran Guna Kad Kredit Dan Debit, Selain TNG Menjelang September 2023

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi kini mengumumkan beberapa lebuhraya akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka untuk plaza tol, sekurang-kurangnya pada September 2023. Antara lebuhraya yang akan terlibat adalah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie serta Jambatan Pulau Pinang.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Acer Kini Menghasilkan Basikal Pintar, Dinamakan Acer Ebii

Acer sedia mempelbagaikan penawaran produk mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan terkini ia dilihat Acer turut menambah sebuah penawaran baharu, berbentuk basikal elektrik pintar. Ebii hadir dengan motor elektrik untuk membantu anda mengayuh. Acer turut menggunakan kecerdasan buatan, membolehkan basikal berkenaan mengenal pasti gaya kayuh, sekaligus mengoptimasikan basikal berkenaan mengikut gaya anda.

Categories
Gaming

Netflix Merancang Untuk Keluarkan Lebih 40 Permainan Video Pada Tahun 2023 Ini

Netflix sedia menawarkan beberapa permainan video dibawah Netflix Games, dimana mereka menggunakan kisah penceritaan dan juga tajuk-tajuk siri serta filem popular dalam menghasilkan permainan video. Untuk tahun ini, penyedia perkhidmatan penstriman berkenaan dilihat ingin terus melabur dalam arena tersebut, dan akan mengeluarkan sekitar 40 permainan video pada tahun 2023 ini.

Categories
Kewangan Semasa

Pengguna Kelak Boleh Guna Kad Kredit Dan Debit Untuk Bayaran Pengangkutan Awam

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kini menyatakan kelak para pengguna boleh menggunakan kad kredit atau debit untuk tujuan pembayaran bagi pengangkutan awam mereka. Beliau telah mengarahkan agensi sepertI KTM dan juga Prasarana dalam menggunakan sistem pembayaran terbuka bagi perkhidmatan mereka. Ini sekaligus akan membolehkan pengguna menggunakan kad debit perbankan untuk bayaran menaiki bas dan juga keretapi.

Categories
Sains

Mamenchisaurus Ialah Haiwan Dengan Leher Terpanjang Dalam Sejarah

Sejak dari dahulu lagi rekod haiwan terbesar dipegang oleh keluarga sauropod seperti Brachiosaurus. Kini saintis telah mengesahkan haiwan dengan leher terpanjang dalam sejarah adalah milik Mamenchisaurus sinocanadorum yang merupakan spesis sauropod. Leher dinasaur ini dikatakan boleh mencecah 15.1 meter panjangnya, iaitu sekitar 6 kali ganda berbanding zirafah moden hari ini.

Categories
Sains

Roll Royce Akan Membina Reaktor Nuklear Permukaan Bulan Untuk Agensi Angkasa UK

Agensi Angkasa UK kini menganugerahkan kontrak kepada Roll-Royce untuk membina reaktor nuklear yang akan digunakan pada permukaan bulan. Kontrak bernilai £2.9 juta diberikan untuk membina reaktor prototaip dengan rekaan modular. Tenaga nuklear menjadi pilihan kerana waktu malam di bulan berlarutan sehingga 14 hari, sistem kuasa panel solar juga tidak praktikal untuk membekalkan kuasa elektrik yang berterusan.

Categories
Sains

Saintis Berjaya Menghasilkan Konkrit Untuk Angkasa Yang Diperbuat Daripada Kentang

Eksplorasi di angkasa kini semakin berkembang sehingga yang bukan angkasawan pun sudah boleh pergi ke angkasa. Banyak syarikat turut cuba menyasarkan pelancongan ke angkasa. Terkini saintis dari University of Manchester telah berjaya menghasilkan konkrit untuk membina bangunan di angkasa. Konkrit ini diberi nama sebagai StarCrete dan apa yang menarik adalah bahan binaan yang menggunakan kentang dan garam.