Categories
Gaming

Microsoft Ingin Lancar Kedai Aplikasi Khusus Permainan Video Untuk iPhone Dan Android

Microsoft kini dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah kedai aplikasi khusus memfokuskan permua (permainan video mudah-alih) pada Android dan juga iPhone. Microsoft dijangka memperkenalkan penawaran mereka sendiri ini menjelang 2024 kelak, selari dengan pengenalan perundangan baharu di Eropah yang meminta Google dan Apple untuk membuka penawaran kedai aplikasi pihak ketiga.

Categories
Gaya Hidup

Terdapat Sekitar 19 Juta Akaun TikTok Berpusat Di Malaysia Buat Masa Ini

Fahmi Fadzil kini berkongsi beberapa perkara bersama para belia bersempena acara Youth Empowerment Fair 2023, termasuk salah satunya menyentuh berkenaan dengan media sosial. Menurut Menteri Komunikasi dan Digital berkenaan, pada hari ini terdapat lebih 19 juta akaun TikTok berpusat di Malaysia. TikTok memperlihatkan peningkatan yang drastik berbanding dengan perkhidmatan lain, apatah lagi jikalau dilihat ia hanya popular sekitar dua tiga tahun kebelakangan ini.

Categories
Gaya Hidup Kewangan

LHDN Mengingatkan Pempengaruh Media Sosial Tidak Culas Membayar Cukai Pendapatan

Lembaga Hasil Dalam Negeri kini mengingatkan para pempengaruh media sosial, atau “influencer” untuk tidak culas membayar cukai pendapatan. Selari dengan program pengakuan sukarela yang akan diadakan bermula 1 Jun 2023 kelak, yang memberikan pengampunan ke atas penalti 100% terhadap cukai langsung dan tidak langsung yang tidak dibayar – para pempengaruh media sosial juga diminta tampil dan mengambil peluang ini.

Categories
Gaya Hidup

Seoul Ring Bakal Menjadi Roda Ferris Tanpa Jejari Terbesar Dunia

Roda Ferris dicipta oleh George Washington Gale Ferris Jr pada tahun 1893. Sejak itu saiz roda Ferris semakin besar dengan rekaannya semakin kompleks. Antara inovasi moden ialah roda Ferris tanpa jejari yang membuatkannya kelihatan seperti sebuah cincin gergasi. Apabila dibuka kelak, Seoul Ring akan menjadi roda Ferris terbesar dunia.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kementerian Pendidikan Tinggi Sedang Meneliti Garis Panduan Penggunaan ChatGPT

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) proaktif mengenai isu ChatGPT dan sedang meneliti garis panduan penggunaan kecerdasan buatan seperti ChatGPT dalam sistem pendidikan negara. KPT pada waktu ini melihat kecerdasan buatan selaku alat penyelesaian yang dapat membantu proses pembelajaran di Malaysia. Tetapi turut menyedari akan risiko ia digunakan sepenuhnya oleh pelajar untuk menghasilkan kertas kerja tanpa input sebenar dilakukan oleh mereka.

Categories
Semasa

Kerajaan Pertimbang Sedia Khidmat Ambulans Udara Menjelang Akhir 2023

Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kini sedang mempertimbangkan untuk menawarkan khidmat ambulans udara kepada orang awam. Perkhidmatan ini dijangka melibatkan sokongan helikopter dibawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dan dijangka dilaksanakan seawal penghujung 2023 ini.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Microsoft 365 Copilot Diumumkan – AI Untuk Word, Excel, PowerPoint, Outlook Dan Teams

Microsoft hari ini mengumumkan mereka akan membawa sokongan kecerdasan buatan generasi baharu ke aplikasi produktiviti mereka. Penawaran ini dinamakan Microsoft 365 Copilot, dan akan menyokong aplikasi popular seperti Word, Excel, PowerPoint, Outlook, Teams dan banyak lagi. Dengan integrasi Copilot ini, ia akan memudahkan pengguna dalam melakukan tugasan harian, termasuk penyediaan dokumen, serta tugasan berkaitan lain.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Kedai Gunting Rambut Tidak Lagi Boleh Menggaji Pekerja Asing

Walaupun Malaysia membenarkan kemasukan pekerja asing pada segmen ekonomi negara – langkah tersebut bagaimanapun tidak terpakai untuk beberapa segmen ekonomi tempatan. Ini merangkumi industri tekstil, emas dan kedai gunting rambut. Perkara ini secara langsung dijangka mengakibatkan berlakunya peningkatan isu kekurangan pekerja dan ada diantara premis sektor ini terpaksa ditutup ekoran produktiviti semakin menurun.

Categories
Semasa

MRT Putrajaya Fasa 2 Kini Beroperasi Dengan Tambang Percuma Sehingga 31 Mac

Laluan MRT Putrajaya Fasa 2 kini telah memulakan operasi jam hari ini, membuka laluan terus dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral. Sempena pelancarannya hari ini, perkhidmatan MRT Putrajaya Fasa 2 boleh digunakan oleh ramai secara percuma sehingga 31 Mac ini. Penggunaan tren MRT Putrajaya Fasa 1 masih akan dikenakan bayaran seperti biasa.

Categories
Teknologi

OpenAI Mengumumkan GPT-4 – Model AI Generasi Baharu Yang Lebih Cerdas Dan Kreatif

OpenAI merupakan pembangun disebalik model bahasa yang digunakan pada kecerdasan buatan yang dibangunkan mereka, ChatGPT. Teknologi disebaliknya berasaskan kepada model GPT (Generative Pretrained Transformer), dan kini versi GPT-4 diperkenalkan secara rasminya. GPT-4 membawakan kebolehan menyelesaikan pelbagai masalah dan persoalan dengan kadar kejituan lebih tinggi. GPT-4 juga boleh membantu dalam tugasan kreatif.