Categories
Semasa

Oppo Dilaporkan Sedang Membangunkan Pengecas SupeVOOC 300W

Oppo kini dilaporkan sedang membangunkan teknologi pengecasan baharu, iaitu sepantas 300W. Sistem pengecasan SuperVOOC 300W ini dijangka akan diperlihatkan pada penghujung tahun ini. Besar kemungkinan ketika acara Oppo Inno Day yang menjadi platform inovasi mereka diperlihatkan kepada umum. Dengan teknologi ini bateri sebesar 4450mAh dapat dicas dalam masa hanya lima minit.

Categories
Semasa Teknologi

Tesla Mulakan Carian Pekerja di Malaysia

Tesla sebelum ini telah diluluskan oleh kerajaan untuk memasuki pasaran Malaysia, termasuk membuka pusat servis dan juga rangkaian Supercharger. Selari dengannya, kini Tesla turut telah menyediakan sebuah halaman khusus, membolehkan orang ramai untuk memohon pekerjaan di Tesla Malaysia. Mengikut penyenaraian, Tesla sedang mencari pekerja dalam arena khidmat pelanggan, jualan, operasi, jurutera, dan juga melibatkan pengecasan.

Categories
Teknologi

Mark Zuckerberg Kini Menghabiskan Masa Dengan Memfokuskan AI

Pengasas Facebook atau kini dikenali sebagai Meta, Mark Zuckerberg, kini dikatakan sedang memfokuskan kepada pembangunan kecerdasan buatan (AI). Langkah ini dilihat berbeza dengan sebelum ini dimana Meta memfokuskan lebih kepada metamesta. Ia dikatakan sebahagian pembangunan kecerdasan buatan oleh Meta akan turut digunakan dalam pembangunan metamesta mereka.

Categories
Teknologi

Kertas Putih Bitcoin Dilihat Tersembunyi Dalam Sistem Operasi Apple macOS

Pada setiap sistem operasi, terdapat sejumlah fail yang tersembunyi yang tidak diakses atau diperlihatkan kepada pengguna. Menariknya, kini salah satu fail ditemui di setiap versi sistem operasi Apple, versi macOS Catalina dan terkini – iaitu kertas putih Bitcoin yang awal. Kertas putih ini dilihat digunakan sebagai dokumen contoh pada aplikasi ‘Virtual Scanner II’.

Categories
Teknologi

Google Akan Tambah Ciri Chat Terus Pada Carian – Seperti ChatGPT Dan Bing

Google sedia berkongsi perancangan mengintegrasikan kecerdasan buatan pada carian, dan kini melalui temuramah bersama WSJ, CEO Google, Sundar Pichai menyatakan kelak pengguna boleh bertanyakan soalan dan berinteraksi pada carian Google. Dengan integrasi terus pada enjin carian, ia membolehkan data yang lebih terkini diketengahkan kepada pengguna.

Categories
Semasa

KPDN : Berhati-Hati Dan Waspada Dengan Scam Baju Raya Di Media Sosial

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan penipuan dan scam melibatkan jualan baju raya secara atas-talian, melalui media sosial. Melalui perkongsian pihak kerajaan, ia didapati penipu berkenaan membuat iklan baju raya dengan tawaran murah di media sosial, dan menarik mangsa untuk membuat pembayaran ke akaun perseorangan.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Redmi Kini Membawa Telefon Dengan Kamera 200-Megapixel Ke Malaysia

Xiaomi kini membawa masuk beberapa telefon pintar dibawah siri Redmi Note 12 untuk pasaran Malaysia. Menariknya, salah satu model mercu dibawah siri ini adalah Redmi Note 12 Pro+ yang mana hadir dengan sensor kamera sebesar 200-megapixel padanya. Ia ditawarkan di Malaysia pada harga RM1599.

Categories
Kewangan

Kad Kredit Maya Alliance Bank Mempunyai Nombor Berbeza Untuk Setiap Transaksi

Untuk mengurangkan risiko kepada pelanggan mereka, Alliance Bank kini melancarkan perkhidmatan Alliance Bank Visa Virtual Credit Card yang merupakan kad kredit maya. Alliance Bank Visa Virtual Credit Card ini unik kerana menggunakan nombor 16 angka yang berbeza untuk setiap transaksi. Nombor kad kredit sebenar pelanggan tidak akan terdedah sekiranya laman edagang yang digunakan telah digodam.

Categories
Semasa

Amazon Akan Menutup Book Depository Pada Penghujung April 2023

Book Depository merupakan salah satu laman yang sering dituju oleh penggemar buku dalam membeli dan mendapatkan buku – tidak kira berada di dunia. Ia menawarkan kemudahan melakukan tempahan, dan menerima buku terus di alamat rumah. Kini, seperti beberapa perkhidmatan dibawah Amazon, Book Depository turut terkesan, danakan menamatkan operasi pada penghujung April 2023 kelak.

Categories
Gaya Hidup

Botol Dua Kepala Heinz Menyelesaikan Isu Mengeluarkan Sos Tomato

Kini, Heinz hadir dengan inovasi pada botol sos tomato mereka. Botol Heinz Ketch-Up & Down yang dibangunkan ini mempunyai dua kepala. Satu di atas dan satu di bawah. Dengan rekaan dwi-kepala ini sos yang disimpan di dalam botol akan sentiasa berada di bawah dengan ia boleh dipicit keluar dengan lebih mudah. Ini adalah variasi terkini botol Heinz Ketch-Up & Down yang dikeluarkan pada tahun 2010.