Categories
Kewangan Semasa

Saham Tupperware Menjunam, Berpotensi Gulung Tikar

Tupperware, jenama barangan bekas plastik global kini dilihat berdepan kesukaran apabila sahamnya di pasaran telah menjunam 49%. Isu ini berlaku susulan permasalahan kekurangan tunai pada kumpulan, di mana harga sahamnya telah jatuh kepada $1.24 – menjadi paras terendah dalam tempoh 3 tahun. Situasi semasa ini mengikut laporan Agensi Berita Jerman berpotensi membawa kepada status gulung tikar sekiranya permasalahan tunai tersebut tidak mencapai penyelesaian.

Categories
Semasa

MEF : Lebih Ramai Belia Akan Menganggur, Jika Pilihan Pencen Cecah Usia 65 Tahun

Usul memberi pilihan bersara di usia 65 tahun, dilihat sekadar mengurangkan lagi peluang pekerjaan dan meningkat jumlah pengangguran kalangan kumpulan belia negara. Isu ini pada pengamatan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) wajar dinilai berasaskan keperluan sumber tenaga semasa. Seharusnya golongan muda tempatan diberi keutamaan untuk mengisi kekosongan dalam industri mengikut kemahiran mereka.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Penyenaraian Web Memperlihatkan Unifi 2Gbps Pada Harga RM399 Sebulan, 1Gbps Pada Harga RM349 Sebulan

Telekom Malaysia sedia mengacah kehadiran pakej dan pelan internet baharu mereka, dan kini turut memperlihatkan harga untuk pelan baharu mereka pada kelajuan 2Gbps dan juga 1Gbps. Melalui penyenaraian di web (yang kini telah dibuang), Unifi 2Gbps disenaraikan pada harga RM399 sebulan, sementara Unifi 1Gbps pula ditawarkan pada harga RM349 sebulan.

Categories
Semasa

Pendapatan Untuk Penghantar Barangan Atau Makanan Guna Motosikal Akan Dikawal-Selia Oleh APAD

Kerajaan kini memaklumkan yang mana pendapatan penunggang perkhidmatan penghantaran barangan atau makanan menggunakan motosikal, atau turut dikenali sebagai p-hailing, kelak akan dikawal selia oleh pihak APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat). Ini adalah sebagai sebahagian usaha dalam mengatasi isu manipulasi atau penindasan pendapatan pekerja oleh syarikat penyedia perkhidmatan.

Categories
Teknologi

FBI Beri Amaran Untuk Tidak Guna Stesen Pengecas Peranti Di Tempat Awam

FBI di Amerika Syarikat kini mengeluarkan amaran dan peringatan kepada orang ramai, supaya tidak menggunakan stesen pengecas telefon yang ditawarkan di tempat awam. Hal ini kerana terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan lokasi berkenaan untuk menyertakan perisian hasad ke dalam peranti pengguna.

Categories
Sains Teknologi

PETRONAS Membangunkan Lapisan Proshield+ Yang Tahan Karat Dan Hakisan Sehingga 16 Tahun

Proshield+ dibangunkan sendiri oleh PETRONAS sebagai alternatif kepada cat epoksi yang digunakan industri sekarang. Tahap ketahanan air dan tahan ketahanan hakisan Proshield+ juga tiga kali ganda lebih baik berbanding cat epoksi. Ia hanya perlu digunakan sebagai bahan campuran cat dan boleh bertahan sehingga 16 tahun bersamaan dua kali ganda hayat cat semasa.

Categories
Semasa

Kereta Elektrik Boleh Menyebabkan Struktur Parkir Bertingkat Roboh

Di United Kingdom, isu baharu pula dikesan iaitu dengan jumlah BEV meningkat ia mungkin boleh merobohkan bangunan parkir bertingkat. Ini adalah kerana BEV adalah jauh lebih berat berbanding kenderaan ICE. Isu lebih serius di UK kerana kebanyakan struktur parkir dibina menggunakan piawaian dekad 50-60an ketika kenderaan adalah jauh lebih ringan.

Categories
Semasa

Rangkaian 5G Kini Mencapai 55% Di Kawasan Berpenduduk

Rangkaian 5G terus diperluaskan dari hari ke hari, dan kini rangkaian 5G telah mencapai 55% kawasan penduduk di Malaysia. Angka terbaru ini adalah setakat penghujung Mac 2023 yang lepas. Dengan pencapaian ini, hanya tinggal berbaki 25% lagi sebelum sasaran 80% untuk tahun 2023 ini dicapai.

Categories
Sukan

Son Tempa Sejarah Pemain Asia Pertama Cetak 100 Gol Di EPL

Pertembungan antara Tottenham Hotspur dan Brighton & Hove Albion pada aksi ke-30 Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan satu sejarah dan rekod baharu ditempa oleh pemain asia. Jaringan oleh penyerang sayap Spurs serta skuad kebangsaan Korea, Son Heung-min pada minit ke-10 telah mengangkatnya menjadi pemain asia pertama mencetak 100 gol dalam kancah bola sepak tertinggi di England.

Categories
Kewangan Semasa

Kerajaan Perluaskan Kredit e-Tunai Belia Rahmah RM200 Kepada Semua Pelajar Universiti Di Malaysia

Pada Belanjawan 2023 lepas, kerajaan sedia mengumumkan inisiatif bantuan e-dompet melibatkan para pelajar berusia 18 hingga 20 tahun. Namun, kini melalui perkongsian Perdana Menteri Anwar Ibrahim, ia diputuskan yang mana inisiatif bantuan e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 setiap seorang akan diperluaskan kepada semua pelajar universiti.