Categories
Gaya Hidup Teknologi

TM Akan Guna Maxis Untuk Tambah-Baik Liputan Rangkaian 4G Dan 2G

Telekom Malaysia hari ini mengumumkan telah menandatangani perjanjian bersama pihak Maxis, dimana melaluinya Maxis akan menawarkan perkhidmatan perayauan 2G dan 4G, serta perkhidmatan 4G MOCN (Multi Operator Core Network). Dengan langkah ini, ia dijangka akan mengukuhkan lagi sambungan apabila menggunakan perkhidmatan Unifi Mobile dibawah TM.

Categories
Gaya Hidup Semasa

TV Satelit Berbayar Indonesia Akan Perluaskan Perkhidmatan Ke Malaysia Pada Tahun Ini

Menyedari kadar persaingan yang sangat rendah dalam siaran TV berbayar, kini perkhidmatan televisyen berbayar dari Indonesia, MNC Vision menyatakan akan memasuki pasaran tempatan seawal tahun ini. Perkhidmatan siaran berbayar ini akan menggunakan teknologi IPTV dalam menawarkan perkhidmatan mereka untuk pasaran tempatan. Buat masa ini, tarikh pelancaran masih belum diketahui lagi.

Categories
Semasa

ShopeeFood Kini Boleh Digunakan Di Melaka

ShopeeFood merupakan perkhidmatan penghantaran makanan dibawah penyedia edagang popular, Shopee. Ia telah diperkenalkan secara berperingkat mengikut lokasi, dan paling terbaru, Shopee mengumumkan pengenalan ShopeeFood di Melaka. Dengan langkah ini, kini para pengguna yang berada di Melaka boleh melakukan tempahan makanan dan minuman terus melalui ShopeeFood dan menerima penghantaran terus ke lokasi mereka.

Categories
Semasa

Pakej Insurans, Takaful Rahmah Serendah RM5 Sebulan Kini Tersedia Buat Rakyat Malaysia

Bagi memastikan semua dapat menikmati pelindungan diri yang sama, Pakej Rahmah Insurans dan Pakej Rahmah Takaful serendah RM5 sebulan atau RM36 setahun (termasuk cukai jualan) kini tersedia untuk rakyat Malaysia. Pelan ini layak dimohon oleh seluruh rakyat Malaysia yang berusia antara 16 tahun hingga 65 tahun dan turut boleh diperbaharui sehingga usia 70 tahun.

Categories
Semasa Teknologi

Pos Malaysia Kini Menyediakan Stesen Pengecas EV Di Pejabat Pos

Pos Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama Yinson GreenTech, sekaligus akan menyediakan stesen pengecas kenderaan elektrik yang dikuasakan oleh chargEV. Stesen pengecas EV oleh Pos Malaysia ini akan tersedia setiap hari dari 7 pagi ke 11 malam di enam Pejabat Pos Malaysia.

Categories
Teknologi

Mark Zuckerberg Bersedia Berlawan Dengan Elon Musk Dalam Pertarungan Bersangkar

Akhirnya, mungkinkah kita akan melihat para bilionwan bertarung secara fizikal. Tweet yang berbentuk gurauan daripada Elon Musk kini menerima respon Mark Zuckerberg, menyatakan beliau bersedia untuk pertarungan bersangkar bersama pemilik Twitter tersebut pada bila-bila masa.

Categories
Sukan

Cristiano Ronaldo Tampil 200 Kali Bersama Pasukan Kebangsaan Portugal – Terima Pengiktirafan Rekod Dunia

Cristiano Ronaldo menjadi pemain bola sepak pertama membuat 200 penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan. Pemain berusia 38 tahun ini menempa rekod tersebut ketika mewakili Portugal menentang Iceland dalam saingan kelayakan EURO 2024. Rekod ini dicapai oleh Cristiano Ronaldo (Portugal) melalui penampilan antara 20 Ogos 2003 dan 20 Jun 2023.

Categories
Teknologi

Twitter Blue Meningkatkan Had Perkongsian Tweet Kepada 25,000 Aksara

Twitter Blue, perkhidmatan berbayar di Twitter sedia menawarkan sejumlah ciri-ciri tambahan berbanding akaun percuma – dan salah satunya adalah kebolehan berkongsi Tweet yang panjang. Terbaru, hari ini pihak Twitter meningkatkan lagi had perkongsian Tweet dari 10,000 aksara sebelum ini kepada 25,000 aksara. Langganan Twitter Blue ditawarkan pada harga RM35 sebulan di Malaysia.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Spotify Merancang Memperkenalkan Pelan Lebih Mahal Dengan Sokongan Audio HiFi

Spotify sedang merancang untuk memperkenalkan pelan langganan berharga lebih tinggi yang akan turut menyertakan sokongan audio HiFi berkualiti tinggi. Secara dalaman, pelan ini dikenali dengan nama “Supremium”, dan dijangka akan menjadi pelan paling mahal ditawarkan Spotify. Melaluinya juga, Spotify dijangka akan dapat menjana pendapatan tambahan berbanding pada hari ini.

Categories
Semasa Teknologi

Semua SMS Yang Mengandungi Nombor Telefon Akan Dihalang Penghantaran Berkuat-kuasa 2 Julai 2023

Selain penghantaran SMS dengan URL, SKMM mengarahkan untuk menghalang penghantaran SMS yang mengandungi nombor telefon mudah-alih atau talian tetap untuk dihubungi. Perkara ini dijangka akan dikuat-kuasa oleh syarikat telekomunikasi bermula 2 Julai 2023 kelak. Langkah ini dijangka akan terus mengurangkan kadar penipuan yang berlaku melalui SMS, selain melindungi lagi pengguna.