Categories
Teknologi

Twitter Versi Web Dikemaskini Dengan Logo “X” – Tiada Lagi Burung Biru

Seperti dinyatakan oleh Elon Musk sebelum ini, kini laman web Twitter telah dikemaskini dan menggunakan logo X menggantikan logo burung biru sebelum ini. Disamping itu, alamat URL X.com juga kini membawa ke laman rasmi atau aplikasi Twitter. Penjenamaan ini dilihat sebagai langkah awal dalam usaha menjadikan Twitter sebagai sebuah aplikasi semua-dalam-satu.

Categories
Kewangan Semasa

7-Eleven Malaysia Jual Caring Pharmacy Kepada BIG Pharmacy

7-Eleven Malaysia kini mengesahkan telah melepaskan kepentingan 75% dalam Caring Pharmacy kepada BIG Pharmacy setelah Convenience Shopping (Sabah) Sdn Bhd menerima tawaran peralihan kepentingan pada nilai pertimbangan RM637.5 juta. Untuk makluman CSSSB adalah anak syarikat milik penuh 7-Eleven Malaysia Holdings. Namun pengambil-alihan ini tidak termasuk akan operasi Indonesia.

Categories
Uncategorized

Pengendali Bengkel Kini Perlu Papar Senarai Mekanik, Bersama Kelayakan

Bermula 1 Julai lalu, semua pengusaha bengkel di pasaran negara dikehendaki memaparkan senarai nama mekanik bersama kelayakan sijil kemahiran mereka buat tatapan pengguna. Pelaksanaan ini menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) adalah selari dengan Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) (Pindaan) 2022 yang telah berkuat kuasa di seluruh negara.

Categories
Teknologi

iPhone Generasi Pertama Dilelong Pada Harga Hampir RM900,000

iPhone mula dijual 16 tahun yang lalu dan ia bertanggungjawab mengubah rekaan telefon mudah alih dunia. Daripada peranti dengan butang fizikal, kita kini hidup dalam dunia dengan skrin sesentuh sekarang. Terkini sebuah iPhone generasi pertama dengan storan 4GB telah dilelong pada harga $190,372.80 (~RM865,000) sebuah menerusi laman LCG Auctions. Ia tidak pernah dibuka dan masih dalam bungkusan asal.

Categories
Semasa

Pasport Malaysia Meningkat Ke Tangga 11 Paling Berkuasa, Singapura Di Tangga Teratas

Indeks pasport paling berkuasa dunia oleh Henley telah diterbitkan minggu ini. Pasport Malaysia meningkat ke tangga ke-11 paling berkuasa di dunia tahun ini berbanding tangga ke-13 tahun 2022. Pemegang pasport Malaysia dibenarkan pergi ke 180 negara tanpa memerlukan visa. Ini adalah kedudukan terbaik Malaysia sejak 2018 di mana pasport negara berada di tangga ke-10.

Categories
Teknologi

Elon Musk Membentuk Syarikat Baharu Memfokuskan Kecerdasan Buatan – xAI

Elon Musk kini membentuk sebuah syarikat dan firma baharu memfokuskan kepada kecerdasan buatan, dinamakan sebagai xAI. Buat masa ini, tiada sebarang info penuh dinyatakan. Melalui web xAI, ia sekadar menyatakan yang mana mereka menyasarkan untuk lebih memahami “sifat asal semesta” (“true nature of the universe“). Elon Musk melalui perkongsian beliau, menyatakan pembentukkan xAI ini adalah dalam usaha memahami realiti.

Categories
Gaya Hidup

Tesla Model Y Disenaraikan Pada Harga Bermula RM199,00 Di Malaysia

Tesla mula menawarkan kenderaan elektrik mereka secara terus menerusi laman web rasmi mereka hari ini. Bagi yang berminat membeli Model Y secara terus daripada Tesla, ia dijual pada harga bermula RM199,000 untuk model paling asas dan meningkat ke RM246,000 untuk model Long Range dan RM288,000 untuk Model Y Performance. Pengguna berminat turut boleh menambah pakej tambahan, termasuk teknologi swapandu pada bayaran tambahan.

Categories
Semasa

Pelajar Praktikal Di Sektor Kerajaan, GLC Akan Terima Elaun Minimum RM800 Sebulan

Perdana Menteri Anwar hari ini memaklumkan, untuk atasi isu melibatkan imbuhan untuk pelajar praktikal, kini kumpulan pelajar praktikal di pejabat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menerima elaun minimum RM800 sebulan. PM Anwar turut menjelaskan cadangan awal penawaran elaun pelajar praktikal tersebut adalah didengari dari pandangan pelajar Tingkatan 6 ketika sesi dialog rasmi diadakan PM sebelum ini.

Categories
Semasa

Tingkatan 6 Bakal Dijenamakan Semula

Dalam memastikan saluran pendidikan Tingkatan 6 menjadi antara pilihan golongan muda untuk melanjutkan pengajian mereka di peringkat tinggi dan mengetahui nilai disebalik perolehan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan yang mana Tingkatan 6 akan dijenamakan semula. Selain itu, syarat kemasukkan juga dijangka akan dilonggarkan sedikit.

Categories
Semasa Teknologi

Sarawak Uji CCTV AI Pada Lampu Isyarat Untuk Mengurangkan Kesalahan Trafik Jalan Raya

Sarawak kini menguji kamera litar tertutup (CCTV) berasaskan kecerdasan buatan (AI) pada lampu isyarat, di sekitar bandaraya Miri. Langkah ini adalah dalam usaha untuk mengurangkan kesalahan trafik, nahas serta kesesakan jalan raya. Melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan, CCTV ini boleh merakam had laju kenderaan, mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan, serta merekodkan sejumlah kesalahan trafik.