Categories
Sains Sukan

Wilson Hadir Dengan Bola Keranjang Nirudara Yang Tidak Akan Kempis

Wilson Sporting Goods adalah pengeluar bola rasmi untuk NBA. Terkini, mereka telah hadir dengan prototaip bola keranjang yang tidak akan kempis. Bola ini adalah 3D Airless Prototype Basketball. Bola ini seperti namanya tidak memerlukan sebarang udara dan direka untuk tidak akan kempis selama-lamanya. Bola ini juga dikatakan mempunyai spesifikasi yang melepasi piawaian bola keranjang dari segi berat, saiz dan tahap lantunan.

Categories
Sukan

Safee Sali Umum Persaraan Pada Usia 39 Tahun

Selepas menjaringkan lebih 183 gol untuk kelab dan negara sepanjang karier bola sepak, penyerang prolifik tanah air, Safee Sali mengumumkan persaraannya pada usia 39 tahun. Secara langsungnya, perlawanan akhir Piala AFC 2022 antara Kuala Lumpur City FC (KL City) menentang Al Seeb di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjadi penampilan profesional yang kompetitif terakhir buat kariernya.

Categories
Sukan

KJ Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah JDT

Mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin atau terkenal dengan panggilan KJ kini mendapat peranan baharu dalam arena bola sepak tempatan apabila dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Perkembangan itu hadir secara rasmi apabila pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengumumkan penyertaan KJ dalam Lembaga Pengarah JDT selepas mendapat persetujuan ahli politik berusia 47 tahun tersebut.

Categories
Sukan

Astro Tambah Dua Saluran Sukan Untuk Liga Malaysia – Arena Bola & Arena Bola 2

Stesen televisyen berbayar, Astro mengumumkan menambah dua saluran sukan yang khusus kepada bola sepak Liga Malaysia iaitu Arena Bola dan Arena Bola 2. Kedua-dua saluran itu dapat ditonton para peminat bola sepak tempatan dengan definisi tinggi (HD) melalui saluran Astro 803 dan 804 masing-masing serta strim di Astro GO apabila dilancarkan bermula 23 Februari kelak.

Categories
Sukan

Khairy Jamaluddin Mungkin Sertai Pengurusan Kelab JDT?

Selepas dipecat dari UMNO, ramai tertanya-tanya apa hala tuju Khairy Jamaluddin, sama ada berehat atau menyertai parti lain. Perkongsian terbaru TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, membuatkan peminat bola sepak tempatan mengagak bahawa Khairy bakal menyertai pengurusan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Tunku Ismail seakan memberi bayangan bahawa Khairy bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT pada masa hadapan.

Categories
Sukan Teknologi

Apple Mungkin Membida Hak Penstriman Untuk EPL

Dengan pelbagai perkhidmatan penstriman di pasaran hari ini, pelbagai kaedah dilihat dalam memastikan pengguna terikat dan teruskan langganan bersama mereka. Terbaru, hadir desas-desus baharu mengatakan Apple mungkin membida untuk hak penstriman English Premier League melalui Apple TV+.

Categories
Sukan

Terengganu FC Lancar Platform Penstriman Video Eksklusif Kelab – RM7 Sebulan

Bagi berkongsikan video-video eksklusif kepada para peminat dan pendukungnya, Terengganu FC tampil melancarkan sebuah platform servis penstriman yang diberikan nama TFC Play. Pihak Terengganu FC memberi anggaran sebanyak 95 video eksklusif bagi akan dimuat naik bagi tempoh setahun untuk tatapan para pelanggan di TFC Play. Pelan langganan ditawarkan pada RM7 sebulan, atau RM60 setahun.

Categories
Sukan

Argentina Menjulang Trofi Piala Dunia FIFA 2022 – Menewaskan Perancis

Pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali, Lionel bersama rakan sepasukannya berjaya memacu Argentina untuk menjulang trofi Piala Dunia FIFA 2022. Kejayaan itu sekaligus menamatkan kemarau 36 tahun buat skuad berjulukan La Albiceleste menjulang trofi tersebut dimana kali terakhirnya dimenangi era Diego Maradona. Kejuaraan itu dicetuskan menerusi kemenangan melalui sepakan penalti yang berkesudahan dengan keputusan 4-2.

Categories
Sukan Teknologi

Bola Pintar Adidas Sekali Lagi Mengesahkan Ronaldo Tidak Menjaringkan Gol

Portugal menunjukkan Uruguay 2-0 dalam perlawanan Piala Dunia peringkat kumpulan. Gol pertama Portugal dianugerahkan kepada Bruno Fernandes tetapi Cristiano Ronaldo mengatakan ia sepatutnya milik beliau. FIFA mengesahkan bola pintar Adidas Al Rihla yang dilengkapi Unit Mengukur Inertia (IMU) tidak mengesan sebarang perubahan interia dalam perjalanan ke gol. Ini sekaligus memberikan keputusan muktamad gol dijaringkan oleh Fernandes bukannya Ronaldo.

Categories
Sukan

J&T Express Menamakan Lionel Messi Sebagai Duta Global

J&T Express merupakan salah satu syarikat logistik yang popular bukan sahaja di Malaysia, tetapi turut menawarkan perkhidmatan di beberapa buah negara. Kini, dalam terus mempromosikan jenama mereka, J&T Express telah melantik duta global pertama mereka, iaitu Lionel Messi. Nilai yang dibelanjakan tidak dinyatakan kedua-dua pihak.