Categories
Semasa

Populasi Malaysia Dijangka Mencapai 42.38 Juta Menjelang 2059 Sebelum Susut Kembali

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini menerbitkan laporan terkini yang meramalkan jumlah populasi negara akan mencecah 42.38 juta menjelang 2059. Ini ialah populasi puncak negara sebelum ia dijangka susut kembali selepas itu. Pada penghujung dekad ini, 2030, populasi Malaysia dijangka akan mencecah 36.49 juta. Pada hari ini, Malaysia mempunyai 34.2 juta penduduk.

Categories
Semasa

Netflix Umum Siri Aksi Nyata Solo Leveling – Byeon Woo-seok Sebagai Sung Jin-woo

Netflix kini mengumumkan yang mereka akan mengadaptasi siri anime popular Solo Leveling menjadi siri aksi nyata, mereka juga mengumumkan yang Byeon Woo-seok akan membawa watak utama Sung Jin-woo. Buat masa ini masih tidak diumumkan tarikh siaran untuk siri ini dan juga pelakon-pelakon lain yang akan terlibat.

Categories
Teknologi

NVIDIA Menjadi Syarikat Pertama Mencapai Nilai Pasaran $4 Trilion

NVIDIA kini menjadi syarikat pertama di dunia untuk mencapai nilai pasaran $4 trilion, mendahului syarikat lain termasuk Apple. Nilai pasaran ini dicatatkan selari peningkatan harga saham NVIDIA kebelakangan ini disebabkan oleh permintaan tinggi untuk cip yang dikeluarkan NVIDIA yang digunakan untuk pembangunan model kecerdasan buatan.

Categories
Teknologi

Jack Dorsey Sedang Bangunkan Aplikasi Permesejan Menggunakan Bluetooth – Bitchat

Pengasas Twitter, Jack Dorsey kini berkongsi sedang membangunkan sebuah aplikasi permesejan ringkas tersendiri dinamakan Bitchat. Apa yang membezakan aplikasi ini berbanding yang lain adalah ia beroperasi menggunakan rangkaian Bluetooth, sekaligus membolehkan pengguna menghantar dan menerima mesej tanpa sambutan selular atau WiFi.

Categories
Gaya Hidup

The Coffee Bean & Tea Leaf Memperkenalkan Cookie Cups – Minuman Dalam Cawan Boleh Dimakan

The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia memperkenalkan inovasi terbaharu mereka menerusi pelancaran Cookie Cups – menu yang menggabungkan minuman dan biskut dalam satu hidangan. Dua pilihan rasa untuk Cookie Cup iaitu Cortado Cookie Cup dan Chocolate Cookie Cup, pada harga RM18.90 setiap satu.

Categories
Gaya Hidup

Ayam Gepuk Top Global Memperkenalkan Sub-Jenama Baharu – Bebeks By Top Global

Ayam Gepuk Top Global kini melangkah setapak lagi dalam menawarkan variasi untuk makanan tempatan dengan memperkenalkan sub-jenama baharu mereka, Bebeks by Top Global. Pelancaran Bebeks ini membuka ruang kepada jenama induk untuk bereksperimen dengan menu dan konsep baharu, tanpa lari daripada asas kualiti dan citarasa yang telah membina kepercayaan pelanggan mereka selama ini.

Categories
Teknologi

Aplikasi MySejahtera Dikemaskini Dengan Rekaan Antaramuka Baharu

MySejahtera kini dikemaskini dengan rekaan antaramuka baharu lebih moden, sekaligus memfokuskan kepada ciri-ciri utama seperti akses kepada rekod kesihatan dan juga kemudahan membuat temujanji melaluinya. Disamping itu, kemaskini ini juga dilihat sebagai langkah menjadikan MySejahtera sebagai penyimpan rekod kesihatan utama orang ramai.